Statistik Terkini

Sunday, May 8, 2011

Nak Kahwin Berlari! (Bahagian 2)

Bila aku ingat-ingat balik rupanya aku kenal lelaki berkaca mata tu bermisai tebal memakai kot seperti baru balik dari pejabat.
“Papa...”Sebut Umie sambil melangkah mendapatkan lelaki yang sipanggil papa olehnya lantas dia memeluk lelaki itu. Papa? Ayah dia ke ni? Alamak! Biar betul?
“Tepi sikit saudara. Saya nak bayar pulak ni. Sudhalah kaki budak kau pijak ni buat lambat-lambat pula.” Orang dekat belakang aku bagi peringatan. Aku tepi juga sebab aku terkesima dengan apa yang berlaku. Lelaki tu papa dia? Itulah yang aku fikirkan.
“Janganlah gaduh dengan anak kesayangan saya ni saudara.” Kata lelaki itu. Aku berkerut dahi fikiran aku melayang. Aku terdiam.
“Tak kenal saya ke? Saya orang yang saudara selamatkan tiga bulan yang lalu? Saya takkan mungkin lupakan saudara.” Beritahunya. Umie pula berkepit dengan lelaki hampir separuh abad tu. Aku tak tahu berapa umurnya.
“Yang hampir pengsan tercekik benda dalam kerongkong tu ye? Memandu kereta BMW warna putih tersadai tepi jalan masuk simpang tiga tu kan? Ooo.. baru saya ingat tapi lepas saya telefon ambulans saya tak tunggu dekat situ sebab waktu tu saya dah lambat nak punch card masuk kerja pak guard.” Beritahu aku jujur. Dia memang nampak aku masa tu tapi dia tak boleh nak bercakap. Aku tak tahu apakah penghalangnya dan apa pula penyakitnya.
“Saya tercekik gigi palsu saya. Err okey saya Dato` Eizhar.” Dia kenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk bersalam denganku.
“Saya Miqael, Miqael je takde Dato` pun.” Sinisku kerana aku yakin Dato` Eiezhar ni papa perempuan senget ni. Kalau anak dia senget ayahnya mungkin empat kali lebih senget dari anaknya sendiri.
“Papa! Jangan layan dia ni. Dia ni budak gila.” Makinya terhadap aku.
“Aku tahulah kau tu bos aku!”
“Bos?” Dato` Eizhar hairan.
“Eh... awak... jom kita pergi makan. Saya dah lapar ni...” tiba-tiba Umie jadi lain. Umie sungguh luar biasa. Dia jadi panik pula. Aku dah agak dia nak cover line. Dia mesti rahsiakan sesuatu daripada pengetahuan papanya tu. Ada peluang baik punya nak kenakan dia.
“Takdelah Dato`... saya gurau aje. Maksud saya dia ni kawan baik saya kan Umie kan?” Aku ikut aje. “Anak Dato` ni baik orangnya saya suka berkawan dengan dia.” Beritahu aku lagi. Umie pula sengih-sengih tak tahu malu.
“Takpelah papa... kami pergi dulu ya...” balas Umie sambil ambil barang-barang di atas meja lalu dia tarik tangan aku. Ini yang aku hairan. Kenapa dia boleh pulak tarik tangan aku? Apa yang istimewa sangat dia ni sampai dia boleh tarik tangan aku? Hari tu bukan main aku tertarik tangan dia siap boleh lempang lagi!
++++++++++++++++++++++++
“Kah kah kah!” Aku gelak guling-guling.
“Kau kenapa?” Soal Jack.
“Okey. Walaupun aku kena kerja shif malam esok tapi aku tak perlu naik train.”
“Eh?” Jack seperti terkejut. “Kenapa pula?” Soalnya lagi.
“Kau tengok ni.”
“Anak kunci.”
“Ya... memang anak kunci. Kau tahu anak kunci apa? Siapa bapak kepada anak kunci ni?”
“Mana aku tahu?”
“Bapaknya adalah sebuah Perodua MyVi yang menjadi idaman aku.” Beritahu aku pada Jack.
“Fuyooooo~~~! Kelas baru kerja dua hari dah mampu beli kereta biarpun gaji belum masuk lagi.” Jack menyindir. Dia mesti fikir aku tipu. Aku terus tarik tangan dia. Aku dan dia baru lepas solat Isyak.
“Nak ke mana ni?”
“Ikut aje.”
Sampai dekat bawah aku tunjukkan sebuah kereta MyVi warna hitam berkilat pada Jack yang masih tak percaya. Dia fikir aku Aladin ke? Ha ha ha...
“Mulai esok aku tak kerja di Pizza Hut lagi.”
“Aik?!”
“Kau dan aku akan kerja di pejabat besar! Syarikat Bima Holding milik Dato` Eizhar. Aku tahu kau pasti suka. Kita sekolah yang tak bagus ni pun boleh kerja bagus. Aku mula-mula tak yakin juga dengan apa yang aku dapat ni dan aku tak tolak rezeki ni aku terima.” Ceritaku pada Jack.
“Macam mana kau boleh dapat semua ni?”
“Panjang ceritanya. Lain kali aku cerita dekat kau dan apa yang penting si Umie tu anak Dato` rupanya. Dia merahsiakan perkerjaannya. Baru aku tahu bahawa si perempuan senget tu taknak kerja dengan papanya. Dia nak kerja sendiri. Bongok betul dia tu kan?” Ujarku lagi.
“Aku still tak faham.”
“Abaikan.”
+++++++++++++++++++++++++++
Tiga bulan berlalu.
“Dahlah kau pecah rahsia aku lepas tu papa aku mintak aku kawen dengan kau pulak! Tolong ar! Aku dah kembali kerja dekat syarikat ni pun dah kira beruntung. Aku bengang ni kenapa aku kena kawen dengan kau hah?” Umie membebel.
“Mana aku tahu. Aku pun tak nak kawen dengan kau ni sebabnya kau ni perempuan senget.” Aku dan Umie bertengkak depan pintu lif. Waktu balik kerja ketika ni. Entah macam mana perempuan ni boleh datang kerja dekat syarikat ni. Lepas tu ragging aku teruk-teruk. Yang aku ni pulak selalu bagi muka dekat dia ni apa hal? Sebelum ni aku selalu juga bertegang leher. Ish tak boleh jadi ni.
“Aku tengah marah ni tau!” Katanya sambil duk tekan-tekan telefon bimbit. Barangkali sedang menghubungi seseorang. “Hello Ain... kau dekat mane ni? Aku nak jumpa aku. Apa? Kau date dengan Jack? Aduh!! Macam mana kau boleh cuople dengan kawan mangkuk ni pulak? Kau kata kaulah kawan sejati aku dan berjanji takkan bagi muka dekat mereka ni tapi kau dah belot. Hah? Cinta? Aku tak percayakan cinta. Baiklah aku tak nak jumpa kau lagi!” Marah benar Umie dengan laju dia masukkan semula telefon bimbit ke dalam tas tangannya.
Aku dengan dia sebut nama Jack! Amboi mereka bercouple dalam diam-diam rupanya. Sudah tiga bulan ni. Patutlah Jack minta balik awal kata perut sakit hakikatnya dia buat date tapi 0 sekali dah kantoi dengan anak bos. Ish!
“Apa kau tengok-tengok?!” Marahnya. “Kawan kau tu penipu! Kata tak sihat tapi boleh pulak keluar date dengan kawan aku! Sorry, ex-friend aku! Aku dah bencikan kawan aku tu sebab dia couple dengan kawan kau si hitam yang penipu! Kau pun sama!” Ucapnya sambil melangkah masuk dalam lif. Aku kaku di situ.
“Kawan aku tu memang hitam tapi hitam dia hitam manis cuma hati kau ni lebih hitam dari kulit si Jack tu. Kenapa kau ni garang sangat? Benda dah lepas tu biarlah lepas. Sekarang ni kau dah pun berkerja dengan syarikat papa kau yang unggul ni. Kau ni bengong jugaklah! Syarikat ni bukan main besar kau tak nak handle. Esok lusa kalau ayah kau expired kau juga yang untung!”
“Mulut kau tu memang kurang ajar!” Dia cepat-cepat tanggalkan kasut sumit tingginya lalu baling ke arah aku.
‘Piunggggg.’ Kasut melayang dan nasib baik aku sempat mengelak. Dia terus tekan butang lif tanpa menunggu aku. Aduhai. Dia dah turun dulu.
Aku terus menoleh ke arah kasut tumit tinggi yang dibalingnya ke arah aku tadi. Wah! Cinderella ku tinggalkan kasutnya begitu sahaja.
+++++++++++++++++++++++++
Kalau nak ikutkan hati aku memang aku nak bakar aje kasut dia ni. Tapi bila aku tenung kasut dia lama-lama aku jadi rindu pulak. Aih biar betul aku ni? Kenapa? Kenapa? Adakah aku mula jatuh cinta? Tapi aku kan dah kecewa dengan awek aku si Farra tu. Rata-rata perempuan bukannya suka pada lelaki ragam sepertiku ini. Hurmmmm payah juga ni.
Kesetiaan adalah makanan hati. Kejujuran adalah minuman dalam jiwa dan ketulusan adalah tudung saji. Begitu ye? Bolehlah tapi aku tak cintakan dia kut. Takkan aku ni gila tengok kasut dia atas rak dalam bilik aku ni boleh sengih sendiri ni. Aku ni biar betul? Ish takkan aku tersengih kut? Macam tak percaya aje. Lalu aku bangun dan mengadap cermin sambil pegang kasut Umie. Eh, betullah aku tersengih sendiri. Fuyoh! Cinta cinta! Ekekekeke....
+++++++++++++++++++++++++
“Tu kasut siapa pulak yang kau kebas tu? Kau dah jadi transeksual ke? Kau ni jangan macam-macam nak pakai kasut tinggi pulak ni.” Jack tegur aku selepas dia melihat aku menuju ke ruang tamu sambil bawa kasut tumit tinggi tu.
“Sebelah aje pun mana boleh pakai, ini Cinderella yang punya.” Ujarku sambil menghempas punggung atas sofa. Dah beli sofa baru duit gaji aku. Sofa lama tolak murah-murah dekat jiran sebelah. Masih tinggal flat lagi.
“Dah ada pengganti ke?”
“Yes! Macam mana kalau aku jatuh cinta?”
“Kena ubah sikap kau tu sebab perempuan tak suka mulut cabul kau tu. Mulut takde insurans ni bahaya. Silap-silap mulut kau tu kena bakor.”
“Kite bakor! Arhhh! Apa bakor-bakor ni? Aku tak dah cuba ubah Jack tapi payah. Ia tak semudah macam telan bertih jagung. Ini realiti hidup aku.”
“Boleh, Beransur-ansurlah pasti boleh. Tapi siapakah Cinderella malang itu?”
“Kurang asam! Kau sendiri pun mulut tak leh blah.”
Jack buat buka selamba aku pula dah cuak kerana aku ada something nak beritahu pada Jack ni. I hope dia setuju dengan apa yang aku nak beritahu dia. Hidup ni memang tak mudah terutama sekali bila aku sedar bahawa aku telah jatuh cinta lagi. Kebetulan pula di Astro terpasang video klip lagu Matta – Jatuh Cinta Lagi.
+++++++++++++++++++++++++
Seminggu ambil cuti kini kembali semula dekat bandar besar tapi bawa wakil. Kira tindakan berani mati kerana ia adalah dari rasa cintaku juga. Apa boleh buat kerana ada lampu hijau. Bila dah diberi peluang maka aku turutkan sahaja.
“Kami terima pinangan ini.” Itulah ucapan dari pihak Dato` Eizhar. Orang tua Umie setuju. Mak aku tersenyum. Mak aku bakal dapat menantu. Yes! Tapi memang betul ni aku jatuh cinta ni sebab aku nak hari-hari tengok wajah Umie. Kalau tak tengok aku jadi rindu.
Mak aku terus masuk ke dalam bilik si perempuan sambil bawa cincin ditemani oleh Datin Eisma ibu kepada Umie Najwa Natasya yang sebaya denganku.
Aku tahu Umie terpaksa terima aku dalam hidupnya hasil desakan keluarganya yang mahu bermenantukan aku. Kata Dato` Eizhar anaknya itu garang macam singa oleh itu tak ada siapa yang nak tapi bagi aku anaknya itu lembut macam sutera kalau diperhatikan dalam-dalam. Perempuan memang penuh dengan rahsia.Perempuan seperti Umie lembut dari dalam. Aku tahu dialah gadis idaman Malaya.
+++++++++++++++++++++++++
Sekian enam bulan pula masa pantas berlalu seperti biasa dalam pertunangan tu aku dan dia memang bergaduh. Pernah sekali tu dia tinggalkan aku tepi jalan sunyi. Memang geram dibuatnya. Bukan setakat tu aje, dia bagi aku kerja berlambak-lambak. Memang dahsyat dia ni. Dia tak suka jadi tunang aku tetapi terpaksa demi kasihnya pada si papanya itu.
Bila tiba saat macam tu aku rasa serba salah pulak menerima bulat-bulat kata Dato` Eizhar. Dato` Eizhar berkenan aku jadi menantu dia tapi aku sebenarnya takut dituduh seorang yang gila pangkat dan seorang yang cuba menempah nama dengan menumpang nama orang lain.
Biarlah apa pun yang terjadi cinta di hatiku kian berputik hari demi hari. Sekali aku tak lihat dia marah dan garu-garukan kepalanya itu aku jadi tidak keruan. Hebatnya kuasa cinta menyerang sanubariku.
Jack gembira aku bertunang. Jack pun dah bertunang jugak dengan Ain. Tapi Jack masih dibenci oleh Umie. Ain juga sama dibenci Umie gara-gara bercouple dengan Jack. Apa daaa....
Ain offer nak jadi pengapit pun kena maki dengan Umie. Aku rasa nak lempang mulut Umie ni. Mulut dia lagi laser dari mulut aku sejak aku dan dia bertunang.
“Senyum.... Senyum...” Aku disuruh senyum pulak. Eh, aku rasa bagaikan bermimpi pulak. Rupanya aku dah selesai angkat nikah dengan tok kadi tadi. Aiyooo sampai tak perasan waktu semakin pantas. Ada jurukamera nak tangkap gambar aku.
“Cium dahi dia Qael!” tiba-tiba ada orang terjerit fanatik sangat kut tengok pernikahan ini. Aku toleh aku nampak gig aje. Tuannya macam biasa gelap. Jack tersengih-sengih.
Aku pun ready nak cium dahi Umie yang cantik berseri-seri duduk bersimpuh ayu.
“Amboi, bagai pinang dibelah dua... cantik pasangan ni. Lelakinya tampan dan perempuannya cantik memang padan.”
“Ha`ah Senah... pasangan pengantin yang hebat dengan gaun ciptaan I.”
“You lupa ke Milah... itu juga idea I. Tengok pakaian pengantin lelaki tu segak kan? Idea I dan you. Tapi idea I lebih sikit maklumlah I ni designer terkenal... uhuahahaha.” Gelak perempuan-perempuan jadian yang berada tidak jauh dariku. Aku dapat menangkap kata-kata mereka. Sungguh riak mereka itu.
Selepas aku sarungkan cincin banyak betul flash kamera sambar menyambar. Pinar mata aku ni. Glemour pulak rasanya.
“Sayang...” Aku miang nak cium dahinya.
“Pang!” Aku kena lempang. Nak cium dahi pun kena lempang ke? Aku telah diaibkan di hadapan orang ramai. Perkara ini amat memalukan aku sebagai suaminya yang sah.
“Masalahnya sekarang ni kau nak cium dahi aku! Aku benci kalau orang tidur tak basuh kaki! Lepas tu pulak waktu Maghrib camni pun kau leh tidur.” Jack menggeleng depan aku yang terpisat-pisat.
Rupa-rupanya aku bermimpi di waktu ini. Aduhai entah macam mana ia seperti realiti pula. Sabar ajelah jawabnya.
“Alamak! Mungkin aku letih sangatlah ni.”
“Kau lupa ke yang petang tadi kau ada temu janji dengan pereka pakaian pengantin kamu berdua tu?”
Aku terkejut. Aku tengok telefon bimbit aku. Lima puluh misscall belum cukup seribu untuk aku rasa terkejut lagi. Aku terus bangun untuk berjumpa mereka bersama dengan Umie.
“Kau nak ke mana tu?”
“Aku nak pergi jumpa mereka ar.”
“Mereka dah datang ada dekat ruang tamu tu.” Beritahu Jack.
Aku pun keluar dari bilik dan aku pun nampak mereka berdua ada di situ. Aku bawa tuala bersama kerana ini cuci muka dulu. Usai itu aku kembali semua. Mereka senyum-senyum aje sambil ditemani oleh Jack.
“Dah lama sampai ke?” Soalku sambil melabuhkan punggung.
“You ni memanglah, I tunggu dah hampir setengah jam.” Balas salah seorang dair mereka dan mereka berdua memang orang di dalam mimpi aku tu.
“Sorrylah bukan sengaja.”
“Kami tak nak cakap banyak-banyak, you dengan bakal wife you kena hadir ke sesi photographer eso. Kami call tak jawab. Ape la.” Marah Senah.
Aku angguk-angguk aje.
+++++++++++++++++++++++++
“Jangan nak pegang-pegang!” Marah Umie.
Masa sesi bergambar pun Umie marah-marah. Pegang lengan pun tak boleh. Marah sungguh dia dalam sesi bergambar.
“Kenapa tak boleh.”
“Baru bergelar tunang dah gatal!” Bentak Umie lagi dan lagi. Aku rimas pula. Serba tak kena dengan dia ni. Kenapa aku ni asyik salah aje di matanya.
Jurukemera di hadapan kami menggeleng aje kecewa dengan sesi ini pada waktu pagi menjelang tengah hari.
“Nanti kau pun akan jadi bini aku jugak.” Balasku memuncungkan mulut. Umie terus bangun dan meninggalkan aku. Pelik dengan dia ni.
Aku kejar dia lalu aku sambar tangan dia. Aku pegang kemas-kemas tak nak terlepas. Langkah Umie terhenti kerana aku menghalangnya.
“Lepaskan tangan aku!”
“Aku tak nak lepas!” Tegasku.
“Adoi!” Kaki aku dipijak. Memang dasar mawar berduri! Sakit tul.
Dia melangkah lagi setelah pegangan tanganku terlepas. Dia segera meninggalkan aku dengan membawa pergi gaun bersama. Dia menuju ke parking kereta tidak jauh dari studio. Aku mengejarnya. Alamak!!! Jangan!! Umie!!! Aku jerit kuat-kuat.
“Umie!!!”

p/s : komen cikit~~~ bersambung~ nantikan bahagian akhir :))

Friday, May 6, 2011

Nak Kahwin Berlari! (Bahagian 1)

Aku dah lambat nak ke tempat kerja. Hari ini adalah hari pertama aku memulakan kerja. Pekerjaan yang sangat istimewa dan aku belum pernah merasainya. Maka itulah aku katakan ianya terlalu istimewa. Aku mandi koboi sahaja ekspres gila nak cepat punya pasal lalu aku ke bilik Jack sambil menyikat rambut. Usai itu aku lempar sikat itu atas rak.
“Jack!! Bangun!” aku gegar pintu biliknya. Dia tak beri respon. Aku gegar lagi. “Jack!!! Kau nak aku pecahkan pintu kau ke? Kalau kau nak aku pecahkan pintu bilik kau baik kau bangun.” Masih senyap lalu aku pun pulas tombol pintu biliknya. Eh, tak berkunci rupanya. Aku terjengut di situ dia takde pulak.
“Kau nak merompak ke? Apa hal kau ni buta sangat? Aku duduk atas kerusi ni duk perati je kau dari tadi. Apakah aku sekarang ni halimunan?” Jack bersuara dan aku terus menoleh ke belakang dan aku ternampak Jack sudah siap berpakaian kemas dengan pakaian rasmi tempat kerja nanti.
“Laa awal pulak kau bangun. Bersemangat waja nampaknya.” Kataku sambil melangkah ke arah Jack yang bersilang kaki berwajah bengis kerana dia geram dengan aku. Aku ingatkan dia yang lambat dan ternayata aku sebenarnya yang mengalami kelewatan terlampau.
“Kau tahu tak yang kita kena ada dekat sana sebelum pukul sembilan? Sekarang ni dah pukul berapa? Apasal aku boleh ada kawan lembap macam kau ni ye? Interview semalam pun kau buat hal. Nak terkencing lah terberak lah dan macam-macam lagi. Hari ni baru start kerja dah lambat. Kau ni memanglah. Aku dah tak nak asyik kena buang kerja aje. Lepas ni kalau kena buang kerja jugak aku dah tak nak geng dengan kau lagi kerja di tempat yang sama.”
“Apa ni Jack? Kau kata kaulah kawan sejati aku? Susah senang kita sama-sama tapi sekarang ni kau dah mula nak lari dari aku. Come on Jack aku bukan sengaja. Jomlah kita gerak sekarang. Payah ni kalau kita lambat sampai.”
“Habis tu helmet kau mana?” tanya Jack sambil mengangkat punggungnya. Aku terlupa topi keledar maka aku masuk bilik untuk mengambilnya. Usai itu aku kembali semula dan aku lihat Jack dah takde mungkin dia dah pergi ke tempat parking motor.
Aku melangkah laju mendapatkan Jack sambil pakai jacket sebab aku malu gak pakai baju rasmi ni. Seganlah muka tampan tapi... ha ha ha... No way! Eh, Jack?
“Kau kenapa termenung ni? Cepatlah start motor kau tu, aku dah tak sabar nak naik ni nak mulakan sesi perkerjaan ni biarpaun hatiku pedih terluka.”
“Kau diam boleh tak?! Kau tak nampak ni tayar motor pancit! Dahlah kau lambat lepas tu motor ni pula buat hal.”
“Naik teksi ajelah.” Cadangku.
“Kau ingat tambang teksi tu murah ke? Lebih baik aku simpan duit tukar tayar ni nanti. Bunga tayar pun dah takde. Aduh!!” Jack tergaru-garu kepala.
Aku yang agak kecewa dengan Jack terus terlepas topi keledar ala-ala drama yang melihat insiden tayar pancit seperti kehilangan kekasih hati. Eh, aku mana ada kekasih hati. Harap muka je tapi ayat bunga-bunga harum takde. Ayat bunga tahi ayam boleh! Boleh blah!
Adoi! Terkena kaki aku sendiri! Nasib... alahai.
++++++++++++++++
Memang penat gila kerja hari ni. Nasib baiklah bos tak marah dan dia menerima kelewatan kami dengan hati yang terbuka. Patutlah manager tu tak tarik muka dengan kami sebab dia last kerja hari ni. Senyum aje dia. Katanya ada manager baru. Okey jugalah ada manager baru. Aku sikit pun tak kisah. Tapi apa yang aku kisahkan ni pasal Jack! Dia memang memalukan aku! Aku punyalah coverline dia selamba aje. Ish! Aku tak boleh jadi macam dia muka letak dalam poket seluar.
Aku dengan dia jalan kaki ke KTM. Aku nak tunggu kereta api sampai. Lambat sungguh ni. Apasal lambat ni? Tak pasal hari pertama kerja naik kereta api. Bosan. Selalunya Jack akan bawa motor tapi nasib malang nak buat macam mana.
“Jack!! Apa ni? Kenapa kau dengan selamba aje tonjolkan baju tu? Pakailah jacket.”
“Kenapa kau malu ke?” Jack berkerut dahi.
“Bukan aku malu tapi...”
“Awek lawa siot~ ngehhhh~~” Ucap Jack sambil pandang awek tangah berjalan beriringan dengan seorang perempuan lagi lalu depan kami.
“Apa ni Jack! Kau dahlah pakai macam tu, aku takpelah sebab pakai jacket orang tak perasan kita ni kerja ape.”
“Itu masalah kau, bagi aku kerja apa pun aku tak kisah asalkan kerja ni halal. Bukannya kita merompak.”
Aku berkerut dahi. Aku nak marah tak boleh sebab bukan hak aku. Itu hak Jack. Awek yang bertudung dan seorang lagi tidak bertudung itu terus berpatah balik lalu perempuan yang rambutnya ikal mayang tu duduk sebelah aku. Duduk di bangku. Aku usha tengok di tepi patutlah dah takde tempat duduk maka dia dengan selamba duduk dekat kami.
“Yang sebelah kau tu aku punya aku punya.” Bisik Jack dekat telinga aku.
“Kepala hotak kau! Kau ingat dia nak pandang kita ni ke?”
“Dia pandang dia pandang.” Jack beritahu. Aku terus menoleh.
“Saudara... boleh alihkan sedikit beg saudara ni? Tak muatlah nak duduk boleh ke sana sedikit tak?” Kata perempuan sebelah aku.
“Eh, kenapa pulak? Kami duduk dulu dekat sini apahal saudari ni nak suruh-suruh orang pulak ni?” balas aku tak berpuas hati kerana perempuan ni bersopan sangat tak rock langsung walaupun pakaiannya rock. Hakikatnya jangan nilai orang dari luaran tapi aku fikir tak masuk dengan gayanya. Aku ingat pakaian ganas orang pun ganas sekali alamak.... sopan gila. Beradab pulak tu.
“Takpelah saudara terima kasih.” Katanya dan aku nampak kawannya yang pakai baju kurung warna biru lembut tu bangun semula dan berdiri sahaja. Biarlah tak muat pun apa aku peduli.
“Qael... kau duduk sini. Kita tukar.” Desis Jack. Aduh mamat ni sibuk je. Okey juga dari aku duduk sebelah perempuan ni ketiak masam. Aku pun tukar dengan Jack. Jack nak mengorat perempuan ketiak masam tu lah kut. Not my taste!
Aku nampak kereta api dah sampai. Aku dah tak sabar nak naik sebab aku dah letih sangat ni. Waktu pun dah dekat malam ni. Mujurlah aku dengan Jack dah selesai solat Maghrib tadi dekat surau.
Aku terus tarik tangan Jack sambil berkata, “Jack! Kereta api dah sam... sam... pai...” Aku menoleh perlahan-lahan kerana aku rasa lembut sangat tangan yang dipegang olehku ini.
‘Pang!’
“Aduh! Apa hal kau tampar aku?”
“Kau dan pegang tangan aku itu dah kira kurang ajar tau!” aku terbeliak biji mata kerana perempuan yang tampar aku tu perempuan tadi. Perempuan berbaju kurung biru lembut itu telah melabuhkan tapak tangannya di pipi aku.
“Mana aku tau! Aku bukan sengaja!”
“Lelaki memang suka ambil kesempatan.”
“Apa ni apa ni?” Jack bangun buat muka tak tahu.
“Jom Ain!” perempuan baju biru tu tarik tangan kawannya masuk dalam kereta api. Tangan aku pula di tarik oleh Jack untuk dibawa masuk ke dalam kerana pintu kereta api dah nak tertutup. Aku terpisat-pisat sendiri sambil menggosok pipi laju-laju.
++++++++++++++++
Dalam kereta api.
“Jack! Masa bila kau pindah tempat duduk? Aku hairan ni. Betul aku hairan macam mana aku boleh tarik tangan perempuan tu?”
“Aku tukar dengan perempuan yang tampar kau tu. Aku dah dapat nombor telefon awek cun yang aku suka tu.” Ucap Jack sambil jeling-jeling manja dekat perempuan dua orang tu yang berdiri tidak berapa jauh di antara kami. Bila sudah waktu kemuncak balik kerja ni memang dalam kereta api ni sarat dengan penumpang. Macam-macam bau ada. Bau ketiak masam, bau ketiak masin arghhhh! Tension betui.
“Jack! Esok kita pergi kerja naik motor kau okey?”
“Okey je, balik nanti kita pergi gegar kedai Ah Kit kita tukar tayar baru.” Balas Jack. “Pasal perempaun tadi tu aku minta maaflah dari pihak dia.” Ujar Jack lagi.
Aku hairan lagi. Saat bila dia boleh backup perempuan tu? Mentang-mentang dah dapat nombor telefon awek sesenang dia backup. Aku ni hah tak pasal kena lempang. Malu siot! Kena lempang dengan perempuan. Aku bukan sengaja pun.
“Kita ke yang kena tukar?”
“Pekerja dialah bongok!”
“Oh pekerja dia yang bongok, nasib baik bukan kita.” Balasku sambil Jack garu-garukan kepala. Gatal agaknya. Selepas tu aku toleh kanan. Aku nampak perempuan tu jeling-jeling mata dekat aku. Sekiranya aku memilik anak panah sekarang ni mahu aje aku lepaskan anak panah tu dekat mata dia biar jadi buta. Ingat cantik sangatlah tu buat muka macam beruk? Berlagak muslimah tapi dalam kereta api berhimpit-himpit no hal pulak? Macam ni pun ada ke?
++++++++++++++++
 “Woi!! Macam mana dia berhenti tempat yang sama dengan aku pulak ni?”
“Tepilah orang nak lalu ni.”
“Jangan bukan main besar kenapa suka-suka hati kau langgar aku? Tahulah badan aku ni kecik tapi janganlah main langgar aje.”
“Aku tak puas hati dekat kau kerana kau sentuh aku.” Kata perempuan tu.
“Umie... dah lah tu. Kita kan baru pindah sini takkan nak cari gaduh pulak. Kalau dia tak bagi kita naik lif kita naik pakai tangga ajelah ya?”
“Takpe-takpe, saya temankan.” Jack offer diri.
“Jack!! Kau kan kawna sejati aku! Mana boleh kau ikut perempuan tuh!” Aku melarang Jack. Argh! Pintu lif dah terbuka aku nak masuk lalu aku tarik tangan Jack bawa masuk dalam lif. Aku biarkan aje perempuan tu dekat luar. Aku tak nak bagi dia masuk.
“Aku tak heran lah! Nanti aku beli sepuluh lif pacak depan muka kau baru kau tau!” Katanya sambil berpeluk tubuh dan tarik muka ketat.
“Ingat aku heran jugak ke dengan lif tu kalau kawan kau yang ketiak masam tu pun naik sekali. Suruh dia pakai deodorant! Yek!” Aku sindir kawannya pula.
Jack tahan aku dari terus mencakar wajah perempuan tu. Aku seperti harimau kelaparan mahu mencakar kulit wanita itu dan memotong segala isi buat masak asam pedas bagi penghuni flat ni makan!
“Umie, takpe biarkan aje. Aku harap kau bersabar. Janganlah bergaduh macam ni.” Aku dengar perempuan yang bernama Ain tu nasihatkan kawannya yang berlagak terlalu Muslimah tu. Bukan aku nak menghina tetapi tidak kena dengan caranya yang begitu. Manusia tak sempurna mesti ada silapnya.
“Tapi dia dah kutuk kau! Aku nak hempuk aje dia dengan kasut tumit tinggi aku ni.” Umie backup kawannya.
“Aku ada keris arwah ayah aku! Kau nak kena ke? Ingat aku peduli kau nak hempuk aku dengan kasut tumit tinggi kau tu?” aku dengar apa yang dia kata maka macam tulah aku balas balik. Kawan dia tu sibuk backup si Umie. Umie namanya dah tak cantik dah sebab dia lempang aku awal-awal tadi lepas tu jeling-jeling
“Ayah aku ada senapang gajah! Shoutgun pun ade! Sekali tembah berkecai kepala kau tu tau!” dia lawan balik. Tetap tak nak mengalah.
“Hahahahah! Senapang tembak cicik buat apa! Apa aku nak peduli.” Aku terus bayangkan dia tengah pegang senapang nak tembak cicak melekat dekat dinding. Kah kah kah kah.
Aku cepat-cepat tekan butang agar pintu lif tertutup tapi kenapa tak tutup-tutup jugak ni?Jack masih letak tangan dekat pintu lif. Jack!!
“Alihkan tangan kau tuh!” Bentak aku dengan lagak bengis.
Ceh!
++++++++++++++++
Waktu malam selepas solat Isyak yang agak lambat ditunaikan kami menonton televisyen. Jack menongkat dagu tengok cerita bujang lapok. Aku tenung Jack pun dah naik malas dah. Jenuh aku tengok muka dia muncung burung puyuh tu.
Aku balik bantal sambil berkata, “Kau apa hal buat muka macam tu?” Aku nak tahu. “Tengok cerita Bujang Lapok pun sampai beremosi.” Sambungku lagi.
Jack menoleh ke arah aku dengan pandangan hambar.
“Kau apa tau. Bayangkan kalau kita jadi kisah dalam tu? Sampai ke tua tak kahwin-kahwin tau. Sekarang ni kita dah layak berumahtangga tau.”
“Kita?! Wei!”
“Hei! Maksud aku kahwin dengan perempuanlah! Apa hal kau ni bengap sangat? Oleh kerana sikap bengap kau nilah selama kita bekerja bersama-sama dari dulu sampai sekarang asyik kena reject aje. Dulu masa dekat JB pun kena reject dari kerja kilang! Asyik datang lambat aje. Lepas tu jadi cleaner dekat supermarket pun kena reject jugak suspek curi barang biarpun kita tak mencuri. Selepas tu pulak jadi pak guard pun direject jugak. Semua kau punya pasal ar!” Jack mengungki sambil mengeluh kasar.
“Apa hal kes kena kena buang kerja asyik salahkan aku aje? Yang kes kerja pak guard tu bukan salah aku. Tu salah kau! Kau yang mengendap orang dalam tandas kan! Kau ngedap Puan Azura tu kan? Baik kau mengaku aje.”
“Kan aku dah kata yang aku salah masuk tandas tapi bukan tu sebab utama kita kena buang! Kau pun tahu semau tu sebab kau yang selalu lambat. Aku benci kau aku benci kau!” ulangnya beberapa kali. Jack seperti anti dekat aku aje.
Itulah kelemahan aku asyik bangun lambat aje.
“Eh! Bukan kantoi kau selalu tidur ke?”
“Itu pun ada juga tapi kau over! Tak coverline.”
“Kira kau pun ade kes so jangan nak salahkan aku.” Balasku lagi.
Jack terus tarik muka lapan juta inci! Kah kah kah memang langsung tak logik kan? Memang cerita selalu tak logik tapi yang tak logik tu bikin sakit hati. Angan-angan aku nak hidup senang memang tak akan kesampaian kerana sikap aku yang lembap. Aku mengakui sendiri dan aku cuba ubah namun tak dapat jugak. Apa daa...
“Jack!” Aku panggil Jack yang sambung menonton. Jack buat derk dan aku bangun duduk sebelah Jack. “Kau teringat nak kahwin ni kenapa?” Soalku.
“Aku nak kumpul duit nak kahwinlah. Sekarang ni simpanan aku berapa je tak cukup. Hantar kampung lagi dan nak beli itu dan ini. Mujurlah duit motor aku dah habis bayar kalau tak susahlah hidup aku. Rumah ni lagi nak kena bayar. Kau tu dari dulu tak pernah tak menyusahkan aku. Asyik-asyik kau bebankan jiwa ragaku ini tau tak? Kalau kau buat perangai lagi aku hantar kau balik kampung! Kau kerja aje angkut simen buat rumah batu. Tak payah kije dekat KL ni lagi.” Tegas Jack mendengus geram.
Kecil hati aku. Hati aku sekecil kuman tak nak balik kampung. Kalau balik kampung memori dukaku akan bertandang. Aku tak suka ingat-ingat lagi kekecewaan aku di dalam cinta. Aku tak percaya dekat perempuan. Perempuan terlalu banyak menggores hati dan perasaan aku dan hari ini bukan hati aku sahaja tergores malah pipi aku pun siap kena lempang lagi! Siot kau perempuan. Argh!! Umie!!! Jaga kau!
“Takkan sampai macam tu sekali. Okey lepas ni aku janji aku akan ubah sikap aku. Aku pun nak kumpul duit banyak-banyak ni nak beli Ferari.” Balasku selamba.
Jack menoleh ke arah aku lagi berkerut dahi. Dia terus bangun dan bercekak pinggang di depan aku.
“Itulah kau! Tak habis-habis dengan loyar buruk kau! Patutlah Farra minta putus dengan kau. Dia tak berminat dengan sikap kau ni. Kau ni cakap ikut sedap mulut aje. Cakap main lepas. Dasar mulut takde insurans!” tempelak Jack seperti satu tamparan hebat ke hatiku.
“Perempuan macam Farra tu banyak ada dalam tabung gula-gula. Seposen dua biji ada extra free lagi. Come on Jack! Kau jangan nak libatkan Farra dalam perbicaraan kes tertangguh ni. Aku tahu kau sebut pasal kahwin kerana kau dah rasa diri kau terlalu tua. Tengok aku ni muka cute, babyface lagi kerana aku enjoy tak fikir masalah-masalah ni. Kalau fikir nak pecah kepala nanti makin tua Jack oih.” Aku buat biasa aje tak hairan Jack nak angin dekat aku pun.
“Cakap dengan kau ni takde faedah langsung!” bentak Jack sambil melangkah masuk dalam bilik.
“Faedah yang banyak nanti dikira riba susah ler.” Balas aku. Jack datang lagi bawa kayu besbol.
“Ni kau faedahnya!”
“Jack!!!” aku terus lari keluar. Jack terus kejar.
“Loyar buruk dengan aku ya! Nanti kau aku kasi pecah itu kepala! Kecik-kecik tak nak mampus! Bila besar buat sakit hati aku! Nyesal aku selamatkan kau dulu dalam sungai! Kalau aku tahu perangai makin teruk baik aku biar kau mati lemas je 15 tahun dulu!!” Jerit Jack dan aku meneruskan larian amal di koridor flat ini.
++++++++++++++++
The best~ chaiyok chaiyok. Apa benda ni? Ha ha ha no wonderlah kalau ramai yang suka sebut kerana ia adalah kata-kata semangat untuk diri sendiri. Malam tadi sempat memboloskan diri. Jack tu memang poyo kejar aku dengan kayu besbol buat malu! He he he...
Hari ni pergi kerja naik motor. Jack ada motor tapi aku tak ada motor kerana baru pakai sebulan aku dah jual semula takde duit. Sengkek sungguh diriku ini. Kata Wonder Pets, ‘Apa yang penting kerjasama’ jadi aku bekerjasama dengan Jack naik motornya pergi kerja. Minyak motornya aku isi dan dia tolong bawakan aku. Yes! Aku ada driver.
“Today is Khamis esok Friday jadi hari ni hari special.” Kata Jack sambil tanggalkan topi keledar selepas berjaya mendapatkan parking baik punya dekat dengan jalan keluar dari lobi ni.
“Apa yang special sangat hari ni?” Bagi aku special-nya hari ni sebab aku tak nampak muka perempuan tu. Syukur sangat-sangat. Kalau aku nampak dia aku nak gigit jari dia sampai putus! Wajah cantik tapi garang gila. Aku tak suka perempuan yang garang-garang. “Haa! Sebab aku dah pakai jacket?” aku menduga.
“Bongok betul kau ni!” tempelak Jack hitam manis.
“Woi! Agak-agak ar nak kata bongok pun! Minyak motor aku yang isi!” aku mengungkit.
“Sewa rumah pun aku yang bayar! Nak lawan?”
Terus aku diam. Mana boleh lawan Jack yang banyak berjasa dekat aku ni. Dia satu-satunya kawan baik aku dekat dalam dunia ni. Dari kampung dia jaga aku. Jaga keselamatan aku agar aku tak dibunuh orang di bandar besar ni. Mulut aku yang tak berinsuran ni memang terdedah pada bahaya dan ancaman binatang-binatang buas seperti perompak dan penyamun bersiri.
“Yelaaaa.” Aku mengeluh.
Aku dan Jack melangkah untuk masuk ke premis tempat kerja tu. Sampai dekat tempat kerja nanti baru buka jacket ni ala-ala ada pakaian Superman dekat dalam ni.
“Hari ni jadi best kerana kita akan dapat kenal manager baru.” Beritahu Jack terangguk-angguk.
Ye tak ye jugak hari ni ada bos baru.
“Perempuan atau lelaki?”
“Mestilah lelaki. Manager kita sebelum ni kan lelaki.” Jack menduga pasti dan aku juga beranggapan begitu. Lelaki lagi mana best kerana aku pun nak try mengorat manager perempuan. Mana tahu ada peluang.
“Alaaa...”
“Chop! Aku tau apa yang sedang kau fikirkan. Kau fikir nak ngorat jika manager baru kita tu adalah perempuan kan?” Jack memamg bijak dan oleh sebab tu aku payah nak bohong dekat dia.
“Macam mana kau tau?”
“Tengok muka kau yang macam nak meleleh air liur aku dah tau.”
“Aku dah serik!” beritahuku padanya di atas kekecewaan dalam cintaku yang telah lalu.
Jack macam tak percaya padaku namun memang itulah yang sebenar-benarnya. Kalau aku dapat perempuan pula selepas ni aku nak kecewakannya kerana aku dah terusk dikecewakan dan apa kata aku pulak kecewakan gadis-gadis yang cantik molek? Mesti seronok kan lelaki mengecewakan wanita? Mostly lelaki begitu ke? I dont think so, maybe aku seorang sahaja kut? Ha ha ha...
++++++++++++++++
 “Buat kerja elok-elok sikit! Jangan nak main-main! Ni mop lantai bersih-bersih! Selepas mop lantai tolong lap meja sampai berkilat! Mula hari ini memang ni skop kerja kau. Kau tak payah jadi pelayan lagi. Kau layak jadi cleaner aje. Jack!! Kau sini bawakan penyapu!” jerit manager baru.
Jack datang bawa peyapu. Aku dah frust gila ni rasa nak berhenti kerja. Air mata ni ditahan aje rasa nak gigit pulak ibu jari kaki manager baru ni sampai putus! Kalau boleh aku nak potong lidahnya sekali.
“Ini penyapunya Cik Umie.”
“Terima kasih. Kau pergi sambung kerja. Kau jangan ganggu perkerja kesayangan aku ni. Dia ni rajin buat segala benda dan memang dia berkebolehan. Kau tengok aje cara dia mop lantai, kalah makcik cleaner mall ni.” Sinis Umie dalam sindirannya.
Macam sial! Aku geram gila dekat perempuan ni! Aku tak sangka dia rupanya menager baru dekat Pizza Hut ni! Aku kena ragging gila-gila ni. Aku nak berhenti kerja!!!
++++++++++++++++
Dekat rumah.
“Har har har har hah!” Jack gelak jahat depan mata aku. Aku nak layan TV pun tak senang. Aku tengah bengang ni. Aku rasa nak pergi serang rumahnya. Tapi aku tak tahu mana satu rumahnya dekat flat ni?
Hari ini adalah hari paling malang buat diriku. Sungguh menyedihkan. Umie jadi manager dekat Pizza Hut! Argh!! Macam takde orang lain aje!
“Tepilah! Aku nak tengok tv ni.” Aku menyuruh Jack ke tepi kerana dia telah menghalang pandangan mataku dari terus tertancap di situ.
“Kau kecewakan kerana manger tu adalah perempuan yang tampar kau. Aku pun tak sangka Cuma aku bernasib baik kerana dia tak hukum aku. Mungkin aku ni baik kut.”
“Otak kau! Aku tahu kau memang dah tahu dari awal-awal lagi kan? Kau sengaja dan kenakan aku. Aku tahu kau call budak perempuan yang kau minat tu malam tadi. Mesti perempuan tu cerita yang manager bangang tu kerja dekat situ jugak! Kan? Mengaku jelah.” Aku mengemam geram.
Memang badan aku sakit-sakit. Banyak kerja kena buat! Kena cuci itu dan ini walhal itu. Aku terpaksa demi dan berusaha gigih tak nak berhenti kerja mahupun diberhentikan. Sampai bila? Kalau asyik kerja dan berhenti sahaja hidup aku takkan maju sampai bila-bila.
“Amboi kau! Main terjah aje kan?” Jack duduk tepi aku.
“Memang pun kan? Kau suka ar aku kena buli dengan budak perempuan?”
“Aku tak cakap.”
“Cara kau tu! Tersengih-sengih macam Mat Labu dah jual ladang.” Bidasku.
“Kerana kau tak dapat aku hempuk dengan kayu besbol malam tadi jadi itu pasal ar aku gembira kau dibuli. Selama ni kau selalu kenakan aku sekarang rasakan orang lain pulak kenakan kau. Perempuan pulak tu. Dah lah sebelum ni kena lempang.” Jack mengejek aku sambil bangun gelek-gelek punggung pulak. Kau terus terajang Jack.
“Aduh!! Main kasar nampak!” Marah Jack.
Aku dan dia terus bergusti melepaskan geram. Adegan sekeh menyekeh berlaku. Rasakan! Ambik kau! Aduh aku kena sebijik. Nah! Aku bagi lagi! Aku bagi lagi. Aduh! Aku kena sekeh lagi.
++++++++++++++++
Aku dengan Jack balik dari masjid selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan kemudian sambung kerja semula. Selapas aku dan Jack pakai baju khas itu terus melangkah untuk menyambung kerja. Tiba-tiba...
“Jack, sini kau.” Aku dengar Jack dipanggil oleh perempuan senget tu. Aku pandang langkah Jack yang mendekati dia yang sedang tarik muka dan jeling-jeling senget dekat aku.
Aku senyap berdiri di sudut pintu. Aku tengah pakai apron sambil merenung tajam ke arah dia. Umie berkerut dahi. Menager aku tu memang kurang asam. Tak pernah nak senyum dekat aku. Hari kedua aku berkerja begitu menyeksakan diriku sendiri. Takde mood dibuatnya.
Usai itu Jack datang semula dekat aku sementara itu perempuan senget tu melangkah masuk pejabatnya.
“Perempuan tu nak apa panggil-panggil kau?” Soalku. Jack garu-garu kepala. “Cakaplah.” Pintaku lagi.
 “Cakaplah.” Pintaku lagi.
“Erm...”
“Apa dia?”
“Esok kau shift malam.” Beritahu Jack.
“Apa?!”
Aku terkejut kenapa tiba-tiba aku kena tukar shift pulak ni? Kerja belum sampai seminggu dah kena tkar shift habis tu macam mana aku nak datang kerja? Kena naik train ke? Fed up sungguh!
++++++++++++++++
 “Apa ni main langgar-langgar?!”
“Aku dulu!”
“Apa ni? Kau tak nampak ke barang aku ada dekat atas meja ni? Aku yang patut bayar dulu! Kau potong aku ni kenapa?”
“Excuse me! Aku dulu okey. Kau lambat buat cara lambat. Encik kira aje. Jangan layan orang gila ni.” Umie bertegas tetap nak menang. Aku tengok dia ni kecil-kecil aje. Nak aje aku libas kepala dia.
Si mamat yang jaga kaunter Seven Eleven tu serba salah nak kira yang mana dulu. Aku dah lambai-lambai tangan bagi warning dekat mamat tu supaya kira yang aku dulu.
“Kau nak kira ke tak nak ni?” Peremuan senget tu marahkan si mamat jaga kaunter.
“Baiklah.”
“Wei! Kira aku dulu! Kau pun nampak aku yang letak barang dulu kan? Apa ni tak ikut protokol! Nak aku report dekat bos kau ke?” Marah aku pulak.
Mamat tu buat derk aje dia kira. Dia kira juga. Dia tak peduli amaran aku. Perempuan senget tu pusing badannya dan tenung aku dalam-dalam.
Badan aku ditolak laju.
“Apa ni duduk rapat-rapat orang?! Jauh sikit!” Bentaknya dengan penuh emosi berkerut dahi berlapis-lapis.
Budak yang duduk dekat belakang aku terus menagis kerana aku terpijak kakinya. Bertempik budaknya. Kasihan. “Sorry dik.” Aku memintak maaf.
“Ni semua sebab kau! Kau main tolak-tolak. Kasihan budak tu teriak.” Aku menyalahkan si Umie ni. Sibuk sungguh dia ni. Aku masuk Seven Eleven dia pun nak masuk. Pergilah kedai lain. Kenapa kedai ni juga dia nak masuk? Sudahlah dia buli aku habis-habisan dekat Pizza Hut! Waktu balik kerja pun dia nak buli aku juga ke? Silap oranglah kalau dekat tempat kerja dia memang bos tapi dekat luar ni aku taknak bagi muka.
“Okey dah siap.” Si mamat yang kira tu bersuara. Aku dan Umie menoleh.
Aku dan Umie terkejut.
“Kenapa kau kira semua sekali?” Marah Umie.
“Ya! Apa hal kau campurkan barang aku dengan perempuan senget ni? Aku tak suka! Aku ada duit nak bayar! Cepat asingkan kau kira balik!”
“Mana boleh, saya dah scan barang-barang ni.” Si mamat tu beri alasan.
“Kira aje, takpe saya bayar.” Wujud suara lain di situ.
Aku terlihat kelibat seseorang yang sedang menguntum senyuman ke arah aku dan juga Umie. Senyuman seakan sinis sekali namun tidak pula ku dapat membaca hatinya.