Aku mencintainya setulus hatiku. Aku sayang padanya kerana cinta dalam hatiku bertahan sedetik cuma. Tidakkah dia mencintai aku walaupun sekelumit? Dia adalah insan yang aku cintai secara sembunyi. Kerana satu cinta aku mengejarnya. Kerana inginkan kasih sayang aku menyimpan hasrat ingin bersamanya. Cintaku kelam kera...na tidak dapat melihatnya. Maka aku ingin menghubunginya. Aku mahukan nombor telefonnya dan aku telah dapatkan kerana aku rindu. Aku ingin menghubunginya setiap malam. Ingin mendengar suaranya. Ingin bertanya khabar tentangnya. Namun... harga rinduku dibayar dengan rasa rimas dan bosan. Ucapan itu dikatakan tepat ke dalam telingaku menusuk luka. Dia rimas dan bosan terhadapku.
Meskipun sarat benar rinduku ini tidak tertanggung lagi. Sesarat awan yang membawa muatan air akan menggugurkannya sebagai rintik-rintik hujan saat tiba waktunya, namun hujan bahagia itu bertukar kepada sebuah tangisan dalam hatiku. Aku dikecewakan dari jauh. Terlalu kecewa hingga hatiku membengkak.
Namaku Arshad. Aku mencintai dirinya dalam diamku ini terhadap gadis tomboy bernama Farra. Farra terlalu meminati filem Korea. Aku Hindustan Hei! Memang terlalu jauh bezannya tapi rata-rata ia adalah cerita air mata. Habis semua buku-bukunya itu ditampal gambar hero filem negara Korea. Tidakku mampu menyebut nama-nama hero itu kerana aku tidak kenal pada mereka. Aku tidak kenal hero pujaannya itu.
Suatu hari aku mahu melafazkan juga cinta yang terpendam. Wahai angin bantulah aku memujuk diriku sendiri untuk cintaku agar hadir ke dalam hatinya buat julung kalinya. Aku tidak dapat berkalih hati darinya. Aku sungguh mahukannya menjadi milikku. Bagaimanakah caranya untuk aku mendapatkan separuh hatinya untuk dicantumkan dengan separuh lagi hatiku menjadi satu?
Sekalung rindu kurantaikan ke lehermu agar kau melihat tanganku di sini. Tangan cintaku menoleh ke arah mata wajahmu maka aku terus bermimpi. Mimpiku indah bertemu gadis lasak sepertimu jua aku jatuh cinta. Cinta yang lahir dari dalam hatiku.
Aku mahu dekatinya. Hati aku tidak sabar-sabar lagi. Cintaku terpendam sekian lama, nanti basi jadinya. Aku takut rasa itu menjadi barah. Biarkan aku mencari penawarnya.
"Bolehkah saya duduk di sini? Di sebelah awak?" kataku padanya. Farra diam sahaja dia lagut menyalin nota. Barangkali aku menganggu dirinya yang sedang sibuk itu.
"Farra... boleh tak saya nak duduk sebelah Farra?" kataku sekali lagi dan Farra diam juga. Kenapa dengan dia ni? Susah sangat dia nak bercakap dengan aku. Benci sangat ke dia padaku? Atau dia ni memang nyampah gila-gila dekat aku. Tapi kenapa? Sebelum ni elok sahaja. Dia ni datang bulan ke? aku tertanya-tanya sendiri di dalam hati.
"Awak tak mau bercakap dengan saya ke?" aku bertanya lagi dan keadaanya masih sama. Aku tak tahulah apa kena dengan dia ni. Aku pula yang tak puas hati tetapi aku tetap bersabar kerana aku cintakan dia. Orang cinta ni kena banyak bersabar. Mana boleh marah-marah, kan?
Aku ni sebenarnya ada hajat nak beritahu dia. Memang aku nak 'offer' dia satu perkara. Minta-mintalah dia suka. Aku ni mana kaya. Anak Felda aje. Mahu ke dia dekat aku? Eh? aku ni jadi serba tidak kena pula. Jantung aku berdebar-debar. Bukannya apa kerana aku takut dia menolak pelawaan aku. Tapi... belum cuba belum tahu kan?
Aku 'nervous' sekarang ni. Darang mengalir laju sahaja. Ish! payah sungguh lidah aku ni nak berkata-kata. Kena cuba juga ni! aku memberi keyakina pada diri aku sendiri dengan menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan-lahan.
"Malam nanti saya nak belanja awak tengok wayang? Cerita hantu... Jangan Pandang Belakang," ajak aku padanya ketika filem itu sedang meletup dekat pawagan.Sebenarnya aku telah pun membeli dua keping tiket. Satu untuknya dan satu lagi untukku. Aku yakin dia tentu suka.
Farra senyum lebar. 'Yes' kata hatiku. Senyumannya itu cukup mengembirakan hatiku ini. Sekali tengok dia tersenyum berbunga-bunga hati aku. Tiba-tiba senyuman tu hilang. Dia berkerut dahi dan mengecilkan anak matanya. Apa ni?
"Kau tak nampak ke yang aku tengah sibuk ni? Aku tak sukalah cerita-cerita hantu ni," katanya padaku dalam nada marah-marah. Aku masih berdiri di sisinya kerana aku tidak dibenarkan duduk.
Kecil hati aku mendengar jawapannya. Kenapa dia tidak suka pula? Adakah aku tersilap membeli tiket wayang? Barangkali aku lupa bahawa dia tidak suka filem tempatan. Salah aku juga kerana tidak menilainya dengan lebih dalam.
"Kenapa? kenapa setiap kali saya ajak Farra... Farra mesti menolak? Kenapa Farra? Farra tak suka ke keluar dengan saya?" aku inginkan jawapan. Lidahku laju menutur kata kerana terasa hati dengan bicaranya tadi.
"Kau jangan banyak cakap boleh tak? Tolong ar, aku tengah sibuk ni! Kau tak apalah semua nota kau dah siapkan! Tesis pun kau dah hantar! Aku ni macam mana? Esok lecturer dah nak kutip!" katanya lagi merenung tajam ke arah aku sambil menghentak pen.
Sedih rasa hatiku menerima layanan seperti itu. Sebelum ini dia tidaklah semarah itu. Tapi kali ini lain pula. Memang sah dia ni datang bulan.
"Sa...sa...saya cuma..." aduh! kenapa pula aku jadi macam ni? Aku begitu takut dekat dia. Apa hal ni? Parah sungguh. Aku kena kuatkan semangat nanti apa pula dia anggap?
"Tergagap-gagap! kau ada penyakit gagap ke? Dahlah kau ni macam lembik sahaja berbahasa saya dan awak. Aku gelilah dengar jiwang-jiwang macam ni. Wei aku tak sukalah mamat jiwang. Aku geli! memang aku geli ayat jiwang jiwang karat! Kau muka ganas tapi jiwa berbunga. Alahai! patutlah kau awek pun tak ada!" sinisnya padaku dengan lantang sekali.
Aku terkedu, terpilu, tersentuh hati, tergores, semuanya ter ter ter sahaja. Robek hatiku kerananya. Kerana dia mengatakan aku lelaki lembik. Lelaki yang tak macho. Kenapa? Cintaku hanya untuk kau sayang... untuk kau?! bentak hatiku.
Ramai orang mahukan aku tetapi aku tercipta untuk kau, tolonglah faham. Aku hanya merayu dalam hati tidak pula terluah dengan kata-kata.
Farra... kalaulah aku ada awek, maka engkaulah yang aku cari. Kaulah sinar hatiku. Kaulah ratu yang sedia mengisi ruang kosong hatiku ini. Namun kau seperti menolak rasa hatiku. Mungkin kau membenci aku kerana aku mengatakan ingin rapat denganmu. Barangkali kau faham apa maksudku maka kau menolak pelawaan hatiku, bisikku di dalam hati.
"Farra..." aku menyebut perlahan.
"Sudahlah!" bentaknya.
Aku tetap tidak hiraukan marahnya. Aku nak dia ikut aku jugak. Aku nak dia ada sebelah dengan aku masa tengok wayang tu. Apa salahnya dia keluar dengan aku? Dengan orang lain dia boleh sahaja. Dengan lelaki lain okey je? Kenapa dengan aku tak boleh? Ingat aku ni tak cemburu ke dia baik dengan orang lain tapi dengan aku dia dah bersikap dingin.
"Ni tiket... satu untuk awak..." aku memberikan satu tiket untuknya.
Aku nampak dia senyum pula. Aku rasa dia marah-marah tadi tu acah aje kut? Barangkali dia nak 'test' aku. Mungkin, mungkin dan mungkin. Ah! dia sengaja. Orang datang bulan memang macam tu. Ish!
"Ni ke tiketnya?" katanya lagi sambil mengambilnya dari tanganku. 'Yes' dia ambil juga. Sudah aku kata dia 'test' sahaja. Aku terus berangan-angan menonton cerita hantu itu. Dia akan takut dan dia akan peluk aku. Best! aku suka! Mukanya yang panik dan berpeluh-peluh itu merayu-rayu ketakutan dan tangannya itu akan memekup wajahnya sendiri kerana terlalu takut. Itulah yang aku bayangkan.
Tapi...aku terkejut, aku tersentak, jiwaku terkedu dan jantungku seakan terhenti berdetak. Kenapa? Farra mengujiku. Tiket itu dikoyakkan lalu dicampakkan begitu sahaja. Aduh! kenapa? Farra!!!! tiket tu!!!
"Jangan risau... aku akan bayar ganti ruginya. Lagipun bukannya mahal harga tiket tu..." ucapnya lantas menyambung kerjanya tanpa mempedulikan perasaan aku ketika ini.
***
Kau bagaikan ratu menghiasai hari-hariku. Aku tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk aku memiliki dirinya. Aku ingin akur tapi itu namanya aku sudah berputus asa. Tidak! aku tidak mahu berputus asa. Aku mahukan dirinya. Farra! hari ini aku ingin ungkapkan bahawasanya kaulah yang aku cinta.
"Farra..." aku menegurnya selepas tamat kuliah. Dia bersiap untuk pulang. Aku tak mahu lepaskan dia pergi begitu sahaja. Aku mahu ungkapkan apa yang terpendam. Berani ke aku ni? Boleh sikit-sikit kut. Aku kena beritahu dia. Mesti!
Farra menoleh dengan pandangan yang cukup tajam. Takutnya aku melihat renungannya itu membelah dadaku menusuk terus ke jantung.
"Oh! Maybe kau nak minta ganti rugi tu kan?" katanya sambil mengeluarkan wang ganti rugi harga tiket itu yang dikoyaknya semalam. Aku tidak memintanya. Bukan itu niat aku menegurnya. Aku nak beritahu dia aku cinta dekat dia. Itu sahaja tetapi dia tidak memberi aku peluang untuk ucapkannya. Nasib aku kurang baik.
Akhirnya dia hulurkan wang pada aku. Aku tak mengambilnya kerana aku memang tak nak ambil duit tu. Aku tak fikirkan pun hal ganti rugi. Dia dah koyakkan kira biar ajelah. Untuk apa aku berkira dengan dia? Aku bukan jenis lelaki yang macam tu. Mengungkit dan minta duit perempuan bukanlah aku.
"Bukan itu," kataku menidakkan.
Farra terus menghulurkan duit itu agar aku mengambilnya. Aku enggan mengambil duit itu kerana aku tetap dengan pendirian. Usahlah memaksa aku berjuta kali. Aku pasti dan memang tidak akan mengambilnya.
"Kau tak nak? Kalau kau tak nak aku letak atas meja ni. Ini bukan duit aku kerana ini duit kau kerana aku dengan sengajanya telah koyakkan tiket yang kau belikan untuk aku semalam. Yang kau baik sangat belikan tiket tu kenapa? Lainlah kalau kau belikan aku DVD filem Korea ke... Jepun ke... aku layan cerita-cerita tu. Tapi kalau kau belikan DVD hindustan atau apa sahaja, maaf. Aku takkan terima malah aku akan patah-patahkan DVD tu depan mata aku. Okeylah aku nak gerak. Buang masa layan kau ni," katanya padaku.
Dia terus melangkah. Aku memanggilnya lagi tapi dia tidak menoleh. Aku terkulat-kulat di situ. Alahai nasib badan berhadapan dengan perempuan lasak seperti Farra. Sekali dia berkata sungguh menyakitkan hati. Aku hanya mampu bersabar sahaja. Lain yang aku hajatkan lain pula yang jadi.
Aku betul-betul hairan terhadap sikap dia sejak kebelakangan ini. Emosi sungguh dia pada aku. Dia membenci aku ke? takkan sampai begitu sekali. Ish! tak suka cerita hindustan konon! eh! itu citarasa dia. Korea mana masuk dengan Hindustan. Ye ke tidak ni? Ah! semua tu karut aje. Ini hati dan perasaan tak ada kena mengena dengan minat dia tu.
***
Aku tension sorang-sorang. Gelisah sahaja. Mana tidaknya. Dari tadi aku call dia tak berjawab. Lemah jantung aku ni kenangkan sikap dia tu. Semakin hari semakin menjadi-jadi. Orang lain semakin hari semakin sayang. Pelik! Harus aku bersabar. Semakin lama kesabaran aku makin tipis. Aduhai...
Farra... kenapa kau buat aku begini? Aku hubungi kau... tapi kau tak jawab. Aku benar-benar sedih. Kecewa dan sebagainya. Pada malam yang dingin aku coretkan isi hatiku untuknya. Aku berpuisi luahan hati. Aku ingin sampaikan padanya. Dengarlah sayang... tapi nanti aku nak dia baca. Aku nak dia tahu. Aku harap dia mengerti. Bahasa Melayu aje pun bukan aku tulis dalam bahasa Hindi! kalau aku tulis dalam bahasa tu sekalipun Google Translater kan ada, segalanya di hujung jari. huh!
Aku tunggu hari esok biarpun mata tak dapat dilelapkan. Mujurlah assingment aku yang lain aku telah siapkan awal-awal lagi jadi tak adalah aku akan terkejar-kejar. Kejar Farra ajelah nampaknya. Semakin aku kejar semakin laju dia lari. Perempuan oh perempuan. Kerana kau aku jadi gila.
***
Aku tidur lambat bangun awal. Mata sepet sahaja tak cukup tidur. Mana tidaknya dalam fikiran aku asyik teringatkan Farra sahaja. Letak kepala sahaja wajah Farra... pegang pen nampak Farra, tarik selimut terasa Farra pun ada dalam selimut aku. Ish! gila bayang sungguh aku ni. Farra seperi guna-gunakan aku sahaja tapi mustahil.
Tiba di dalam kelas pula aku menunggu dia. Dan dia belum datang lagi. Maka aku tidak sabar-sabar ingin melihatnya. Aku tetap tunggu tapi pensyarah pula dah masuk. Agaknya aku kena tunggu kuliah habis. Eh?! mana Farra ni? Aku gelisah.
Tidak berapa lama selepas tu aku nampak kelibat dia dengan beg galas naruto dia tu. Dia pun minat gila dengan cerita kartun tu. Hairan aku. Minah Korea + Jepun = KOPUN! Nasib baik tak kupon. He he he... Dia terlewat ketika pensyarah sudah masuk. Tapi dia tetap selamba. Kerana sikap selamba dia itulah menjadi kegilaan aku.
"Maaf puan, saya terlambat," katanya pada pensyarah. Aku mendengarnya dan aku melihat wajah kelam kabutnya. Selepas itu dia mempamerkan ketenangan dan sempat menjelirkan lidah pada aku. Dia duduk dekat dengan aku selang dua buah meja sahaja. Aku pandang dia, dia angkat penumbuk. Aish! bagilah flaying kiss lain kali!
"Apa yang kau pandang-pandang?" marahnya padaku menjegil biji mata kerana aku tak berkalih mata memandangnya. Semakin dia marah semakin comel.
"Kenapa Farra lambat?" aku bertanya dengan sopan.
"Suka hati akulah!" bentaknya.
"Ada apa dekat belakang tu bising-bising?" tegur Puan Aini.
"Tak ada apa-apa puan," kata Farra memberi alasan.
Aku kena buktikan cinta aku padanya. Perlukan aku terjun bangunan sambil mengatakan, "Farra!!! I Love You" lantas kalau dia membalasnya "Arshad!!! You Berambus!!" bagaimana? aku terus mengeleng. Ish! tak patut-patut.
Aku kena tunggu dia di kafe? Perlukah aku belanja dia cendol? Masa dia tengah makan cendol, aku tanya "Farra, I Love You," bagaimana? 'Srruuuuhhhhh' dia simbah cendol tu? Apa aku nak kata lagi? Aku menggeleng lagi. Tak boleh tak boleh.
Habis tu bagaimana? Haaa!
"Farra... kau mahu jadi kekasih aku tak?"
'Pang!!!' aduhhh! aku menggosok laju pipi aku terbayangkan Farra tampar aku. Lagi tak boleh. Aduhai aku pening ni. Bagaimana dengan sekarang? Dalam kelas ni?
Aku beranikan diri. Lantas aku hulurkan sekeping kertas yang dilipat kecil olehku. Aku berikan padanya dan dia mengambilnya.
"Jangan buka lagi," aku berpesan padanya supaya jangan buka lagi. Tapi dia buka juga lantas dia membaca apa yang aku tulis itu. Aduhai! kenapa dia ni buat aku cuak aje?
Aku lihat dia berkerut dahi dan kemudian tersenyum. Dia pandang aku. Dia senyum. Senyuman yang sangat manis. Dia terima cintaku? Adakah dia terima? Aku meluahkan cintaku padanya melalui sekeping kertas sahaja. Ya Allah... sukanya hati aku. Tapi...
Aku lihat dia sega bangun. Bangun lantas meremukkan kertas itu dan berjalan mendapatkan tong sampah. Dia campakkan kertas itu di dalam tong sampah. Dia telah membuang kertas itu sama seperti dia membuang hatiku. Hatiku bagaikan tidak bererti sama sekali untuknya. Sayu hatiku. Ya Allah... murahnya harga cintaku malah tiada berharga langsung padanya. Oh Tuhan...
Hati aku sebak dari dalam. Hati aku sedih dan lukanya sangat parah. Aku kecewa di dalam kelas. Aku kecewa hingga tiada mood untuk belajar. Aku seperti bukan aku yang sedang melihat papan putih di hadapan. Aku memandang kosong pada papan itu sedangkan perasaan aku menerawang jauh. Jauh sekali entah ke mana. Aku melayani perasaan aku sendiri.
Aku tidak sedar bilakah waktu kuliah tamat. Sedar tidak sedar smeua pelajar lain sudah pulang. Tinggal aku sendiri sahaja. Aku terus terbungkam tundukkan kepala.
Kau hadir bagai sinar rembulan menerangi malam-malamku yang gundah
kau berikan aku cahaya kala gelap menyelubungi ruang hati yang punah
lantas kau senyum dan senyuman itu selembut sutera berhias ramah
sehari tidak ku lihat wajahmu, maka setiap langkah kaki ini lemah
jiwaku tidak terdodoi lena dek dipasung rindu yang menyerang padah
maka aku lesu biarpun harapan aku menggunung.
Seratus hari aku menanti saat ini sejak aku tahu aku sudah jatuh cinta
seratus hari aku di sini melihat wajahmu yang aku puja-puja itu
ingin aku memilikki sekeping hati yang suci darimu buat hatiku
separuh hatimu adalah hatiku tetapi separuh hatiku berkali malu...
Farra... aku khabarkan aku rindu. Aku bisikkan cinta ini buatmu
maka aku ingin lahirkan rasa ini untukku, kasihku dan jiwaku
yang kosong tanpa dirimu. Seandainya kau sudi, datanglah padaku...
Aku terdengar puisi tulisanku dibacakan dari sisiku. Aku angkat kepala dan aku terkejut melihat seorang wanita yang bertudung ayu sedang melipatkan kertas itu lalu diberikan padaku. Aku perhatikan pelajar lain telah tiada. Kelas sudah mula kosong. Aku tidak perasan waktu kelas sudah habis.
"Dia telah lama mengetahui bahawa kau mencintainya tetapi dia tidak dapat mencintai kau kerana dia tunang orang... hatinya untuk tunangnya dan bukannya kau Arshad. Dia tidak mahu kau menaruh harapan maka hari demi hari dia hanya mahu menyakiti kau. Dia mahu hati kau hancur dari terus mencintainya. Dia tidak mahu kau terus mencintainya. Dia mahu kau membencinya... jauh di sudut hatinya dia mencintai kau... namun tunangnya itu kembali memujuk hatinya maka dia kembali pada tunangnya itu demi menjaga maruah keluarganya,"
Aku terkejut mendengar ucapan dari mulut Saleha kawan baik kepada Farra. Saleha menceritakan perkara sebenar padaku tetapi aku seperti tidak yakin sahaja.
"Saleha... betulkah Saleha?" aku bertanya lagi kerana selama ini aku tidak tahu dia sudah bertunang. Dia tidak pernah menceritakannya padaku aku. Oh... jadi apakah yang patut aku lakukan?
Saleha mengangguk. Barulah aku faham selepas Saleha menceritakan padaku tentang hal Farra. Dia dipaksa bertunang dan dia mesti berkahwin dengan lelaki pilihan orang tua.
"Aku tahu hatinya sukar menerimaku," balasku akur.
"Dia suka pada kau dan...." balas Saleha dan kata-katanya terhenti di situ. Barangkali dia sengaja lambat-lambatkan. Jantung aku berdetak laju. Aku kecewa benar-benar kecewa. Kekewaan aku bagaikan serpihan kaca yang menggores hatiku sendiri.
"Dan?" aku menyoal.
"Dan..." Saleha masih lambat-lambatkan.
"Dan apa Saleha...?" tanyaku lembut namun Saleha mendiamkan diri. Aku harap dia akan bersuara untukku. Aku tidak mahu dia berbasa-basi begini.
"Dan aku juga telah lama sukakan..." Saleha menyambungnya dengan perlahan. Eh?! Dalam diam-diam Saleha sukakan aku? Bagaimana ni? Aku tidak sukakan dia. Aku tak cintakan dia. Aku hanya cintakan Farra yang menjadi tunang orang. Hurmm... Farra... kenapa kau tak berterus terang pada aku? Aku kecewa sangat.
"Saleha... kenapa kau cakap macam nu?" aku bertanya lantas Saleha yang mula sengan dan terus meluru keluar. Aku terkulat-kulat lagi. Aku terhimpit di celah erti cinta dan persahabatan. Aku jadi bingung sendiri.
Selang seminggu selepas itu aku pula menerima puisi. Puisi cinta dari seseorang meskipun Farra tidak dapat menerimaku. Aku juga beralah dari terus mencintainya.
Biapun harga rindu tidak dibayar olehmu
maka aku setia menunggu hingga kau bersetuju
jadilah kekasihku kerana aku mencintaimu...
sehari tidak memandang wajahmu, perasaanku layu...
-Saleha.
Bagaimana untuk aku memberikan jawapan padanya? Cinta belas kasihankah ini? Aku tidak pasti apakah aku sanggup menerima cintanya? Aku berada di dalam dilema. Aku tida tahu manakah pilihan dan jalan untuk aku. Saleha menunggu aku. Saleha mengharapkan aku. Aku tidak mencintainya. Mungkinkah cinta ini akan mati di sini? Farra pula menghindari aku. Farra tidak dapat mencintai aku sebagaimana aku tidak dapat mencintai Saleha.
Dua wajah...
Farra... cintaku padamu dari pandang pertama lagi
lagakmu membutakan mataku terus memerhati dari hati
kini kau menyisih aku dari celah rimbunan cinta suci
aku tergores dek kata-katamu berbaur rasa benci
Saleha... cintaku sebening embun pagi di subuh hari
tidak dapat aku memberikannya atas dasar simpati
aku harus pergi mencari pengganti bukan kau lagi
dan aku akan mati terbiar dalam kelesuan dan sepi
Dua wajah ini bermain di fikiran
dua wajah ini dalam angan-angan
dan dua wajah ini aku tinggalkan
maka aku terus keseorangan...
~Tamat~
best mike..
ReplyDeleteEhem! Macam betul aja. Apa pun saudara usah rasa tersinggung andai saya kirimkan seungkai komentar. Bahasa saudara agak layu dan kaku. Mungkin boleh perbaiki. Siapa kata lelaki tak dapat melakar tinta bahasa yang berbunga-bunga? Berusahalah saudara.
ReplyDeleteEhem! Macam betul aja. Apa pun saudara usah rasa tersinggung andai saya kirimkan seungkai komentar. Bahasa saudara agak layu dan kaku. Mungkin boleh perbaiki. Siapa kata lelaki tak dapat melakar tinta bahasa yang berbunga-bunga? Berusahalah saudara.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletecan I be honest? I bukan nak mengecilkan you or something tapi lain kali please jangan guna ayat yang camni okay? saya yang baca rasa gei.. hahha. saya terus skip kebawah. boleh perbaiki lagii. for this, good job!
ReplyDelete