1
SERUAN takbir bergema tika malam raya tiba. Kelihatan Asyura sedang menghias rumah, hanya dia sendiri tiada abang tiada kakak yang membantu. Asyura seorang sahaja anak Hajah Salmah yang tinggal di rumah ini. Haji Fuad berada di surau bersama-sama dengan jemaah yang lain sedang melaungkan khalimah suci itu.
Abang dan kakaknya iaitu Syukri dan Syida belum pulang ke kampung halaman. Kali ini sudah masuk dua tahun mereka tidak balik beraya. Dia yang sedang memasang langsir itu mengeluh panjang mengenangkan sikap kedua-dua saudaranya itu. Biarpun dia hanya anak angkat namun dia sungguh terasa hati apabila Syukri dan Syida hanya mementingkan kesibukan kerja masing-masing.
Buat apa Asyura hendak pening kepala, lantak mereka dengan cara mereka yang begitu. Sungguh bagai dikata seperti kacang lupakan kulit. Kalau dia bercakap banyak juga tiada gunanya, bagaikan mencurah air di daun keladi. Mana ada abang dan kakaknya itu mahu mendengar cakap dia. Siapa dia? Hanya anak angkat sahaja.
Tapi hati dia berasa kesal. Begitu kesal sekali dengan sikap yang tidak bertanggungjawab Syukri dan Syida. Khabar Hajah Salmah dan Haji Fuad jarang sekali mereka hendak ambil tahu. Hajah Salmah pula yang sibuk-sibuk menghubungi anak-anaknya itu.
Seminggu sebelum itu Hajah Salmah telah menelefon anaknya Si Syida untuk bertanyakan khabar berita.
“Syida sihat ke? Raya tahun ni Syida balik tak?” tanya Hajah Salmah.
“Mak.. Syida tengah sibuk ni, lagipun raya tahun ni kena balik rumah Abang Marzan. Mak tahulah perangai Abang Marzan tu macam mana, tahun lepas pun balik rumah dia, tahun ni pun kena balik rumah mak dia juga, kalau tak ikut cakap suami kan nanti cakap kita derhaka pula..” balas Syida.
“Jadi Syida tak balik jugalah raya tahun ni? Baliklah raya kedua ke, atau ketiga ke, janganlah tak balik langsung, mak rindu juga kat cucu-cucu mak tu..” ujar Hajah Salmah hampa yang begitu mengharapkan kepulangan anaknya.
Selepas mendapat jawapan yang tidak begitu baik, Hajah Salmah terus mendail nombor telefon Syukri pula.
“Assalamualaikum Syukri, ini mak ni,” lirih sahaja kedengangan nada Hajah Salmah
“Walaikumussalam... Oh mak. Ada apa mak telefon saya malam-malam ni?” boleh pula Syukri tanya macam itu, ibu dia telefon mestilah hendak tanya khabar. Harapkan dia yang telefon? Sampai berjanggut pun mana ada mahu telefon ibunya di kampung. Kalau ada pun kadang-kadang sahaja, itu kalau ada urusan.
“Kamu sihat ke Syukri?”
“Alhamdulillah, saya sihat aje seadaanya, kenapa, mak?” soal Syukri. Dia langsung tidak bertanya semula pada Hajah Salmah itu entah sihat ke tidak.
“Raya nanti kamu balik sini tak?”
“Tak, mak. Saya balik rumah keluarga Farisya, tahun lepas kan saya dah balik...”
“Memang kamu balik tapi dah hujung Syawal, mana sama Syukri dengan raya pertama, mak teringin nak tengok cucu-cucu mak tu, mak pun nak kamu ada bersama di hari raya nanti, mak nak buatkan rendang kegemaran kamu Syukri.. Dahlah Syida tak dapat balik, kamu pun cakap macam tu..” Mencurah-curah air mata si ibu yang begitu mengharap.
Tangisan si ibu tidak didengari oleh anak-anaknya. Apatah lagi untuk dimengertikan perasaan kasihnya seorang ibu.
“Sal, sudahlah, jangan menangis, mereka tak nak balik biarkanlah, lagipun mereka dah berkeluarga…” pujuk Haji Fuad sedari tadi mendengar rintihan isterinya.
“Sal sedih bang, sedih dengan sikap anak-anak kita sekarang, Sal rindukan mereka bang, sal lebih senang tengok mereka masih kecil, makan pun bersuap, lenguh kaki kita ni mereka urutkan. Mereka dengar cakap kita bang, tapi sekarang bila dah besar…” kata-kata Hajah Salmah terhenti di situ. Dia menangis tersedu-sedu.
“Sudahlah tu Sal, jangan dipaksa mereka tu, anak kita itu dah besar panjang, tahulah mereka berfikir,” Haji Fuad cuba meredakan sendu di hati Hajah Salmah.
Wajah isterinya kendur, muram sahaja. Namun jauh di sudut hati Haji Fuad itu amat merindui anak-anaknya juga. Tetapi rasa itu dibenamkan. Ia tidak dizahirkan. Mungkin juga rasa itu telah pergi jauh atau juga dia cuba menyekatnya. Naluri seorang ayah memang berkehendakkan kebahagiaan di dalam sisa-sisa hidupnya yang masih berbaki entah berapa lama lagi.
Hati ayahnya berputis syahdu, bersyair di dalam hati, berlagu rindu tatkala ruang itu kian sempit, mudah sekali terguris apatah lagi ia dicalar-calarkan dengan sikap dan perangai anak-anaknya itu.
‘Anakku, tidak pernah terlintas difikiran ayah untuk melupakanmu dan tidak pernah sekali rasa itu ditinggal mati, apatah lagi untuk ayah cuba membunuh perasaan ini bila rindu bertamu. Dahulu pernah sekali ayah cuba mengusir rasa itu tapi begitu mudah ia datang kembali, apabila potret anak-anak ayah ditatapi. Pulanglah nak..ayah tetap berbangga kerana anak ayah berjaya dalam hidup, pulanglah nak… kerana ayah tetap berbesar hati melihat anak ayah menjadi anak yang soleh dan solehah, pulanglah nak.. ibumu di sini selalu pedih mengalirkan air mata mengenangmu yang tidak pernah mahu pulang di aidilfitri..’
………………………
2
“ABANG… kalau Syida cakap sesuatu abang jangan marah ya?” Syida ingin menyoal sesuatu. Saat ini dia sedang menggosok baju kerja suaminya itu untuk dipakai esok hari.
Marzan yang bersandar di kepala katil sedang membelek sebuah majalah keluarga sambil terbujur kaki terus menoleh ke arah isterinya.
“Apa dia cakaplah,” balas Marzan.
“Tapi abang janji jangan marah..” ulang Syida lagi dengan mempamerkan wajah risau. Marzan pula berkerut dahi memerhatikan Syida.
“Cakaplah..apa dia..kalau awak tak cakap abang marahlah..”
“Belum apa-apa lagi abang dah berkerut dahi,”
“Yelah abang tengah tunggu ni apa yang awak nak cakapkan.” Balas Marzan dengan berwajah serius.
Syida sebenarnya takut kerana suaminya mudah naik angin. Dia cuba berlembut seboleh yang mungkin.
“Tadi mak saya telefon..”
“ha`ah mak awak nak apa?” soal Marzan deras.
“Mak saya nak kita sekeluarga balik beraya kat kampung..”
“Apa??! Mana boleh! Raya tahun ni awak kena ikut saya balik kampung saya..”
“Tapi bang dah dua tahun saya ikut abang balik beraya rumah keluarga abang, bagilah saya peluang untuk beraya di kampung mak ayah saya pulak..”
“Tak boleh! awak tu isteri saya! Awak kena ikut cakap saya!” tegas Marzan dengan menghempas majalah itu ke birai katil lalu dia memberontak keluar dari bilik menuju ke sofa.
Tangan Syida berhenti menggosok dengan tiba-tiba. Dia menghela nafas kemudian dihembus perlahan-lahan. Wajahnya sedikit kendur kerana pertanyaan tadi telah membuatkan suaminya jadi marah. Jantungnya pula berdetak kencang.
Sejurus itu dia melangkah keluar dari bilik setelah suis seterika dimatikan.
“Abang..” sebut Syida lembut.
“Awak jangan bercakap dengan saya!” tengking Marzan.
“Jangan macam ni bang...”
“Saya kata jangan cakap apa-apa dengan saya!” tengking Marzan lagi.
Marzan berpeluk tubuh dan memandang tepat ke arah kaca televisyen yang tidak terpasang itu. Suara Marzan telah membuatkan Umairah terjaga dari lena. Lantas dia keluar dari bilik untuk melihat apa yang sedang berlaku. Dia mengintai dari tepi pintu biliknya.
Punggung Marzan diangkat deras lalu dia tersera-sera menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah tanpa menoleh Syida. Umairah yang memerhatikan ayahnya laju berlalu dari situ segera dia mendapatkan umminya.
Setibanya di situ dia berdiri di sisi umminya yang turut berdiri di belakang sofa itu sementara tangan umminya meramas kuat kepala sofa itu. Mungkin dia melepaskan geram.
Syida yang terkejut dengan kehadiran Umairah secara tiba-tiba itu terus menoleh wajah anak kesayangannya dengan pandangan hambar.
“Apa yang ummi dan ayah bincangkan sampai ayah tarik muka macam tu? Irah dengar kecoh semacam aje...” soal Umairah gadis remaja yang berusia lima belas tahun itu.
Kelopak mata Syida berkaca, bakal mengalirkan air mata sedetik lagi. Dia tidak menjawab pertanyaan itu. Syida terus tunduk membisu sambil mata terpejam rapat, maka air matanya berhemburan.
“Ummi menangis?” cepat-cepat Syida menyeka sendiri air mata itu setelah disoal Umairah.
Syida menggeleng.
“Irah... pergi masuk tidur, jangan risaukan ummi dan ayah, esok Irah nak bersekolah... cepat masuk tidur…” ujar Syida lembut.
“Tapi ummi jangan sedih-sedih, Irah tak nak lah tengok ummi bersedih lagi, setiap kali ummi gaduh dengan ayah, ummi pasti menangis...” balas Umairah.
Umairah tidak sanggup lagi melihat umminya menangis gara-gara bertengkar dengan ayahnya. Otak ummi ligat mencari punca. Dia menelaah apa yang sedang berlaku. Ayahnya marah mungkin bersebab tapi apa pula yang umminya cakapkan?
Syida hanya mencebik. Dia kemudiannya mengukir senyuman kejal. Nampak terpaksa kerana mahu menafikan.
“Umar dah tidur ke?” soal Syida yang tiba-tiba bertanyakan tentang Si Umar anak bongsunya.
“Dah ummi, awal-awal lagi dia dah tidur, selepas mengaji Al-Quran tadi dia terus tidur..” balas Umairah.
Kepala Syida diangguk perlahan.
Umairah yang tadi terfikir sendiri tentang sebab mereka berkelahi lama-kelamaan dia jenuh pula. Selalu benar dia melihat ummi dan ayahnya berkeadaan begitu. Jadi dia mengambil keputusan untuk terus masuk tidur.
………………………………
3
“SAYANG... raya kali ni kita balik rumah mak dan ayah abang ya?” pujuk Syukri selepas menyisip secawan teh.
“Mana boleh! Abang kan dah setuju nak balik rumah keluarga saya!” tegas Farisya.
“Tapi, dah dua tahun kita balik raya rumah keluarga awak je, apa salahnya kita balik beraya rumah mak ayah abang pula kat kampung tu,” ujar Syukri lalu melangkah dari meja dan menghampiri Farisya yang duduk di sofa.
“Apa abang ni, anak-anak kita pun dah suka kita balik raya kat rumah mak ayah saya, mana boleh main tukar-tukar perancangan macam tu aje, saya pun dah bagitahu dah kat mak saya yang kita akan balik beraya di sana..” balas Farisya yang sememangnya beralasan tidak mahu pulang ke kampung suaminya di Aidilfitri ini.
“Tapi…”
“Tak ada tapi-tapi lagi bang, tahun lepas pun kita dah balik kampung abang tu, apa ada kat kampung abang tu? Tak ada apa-apa pun bang, anak-anak kita tu bukan suka sangat beraya kat situ,” Farisya terus memotong kata-kata Syukri.
“Tahun lepas kita balik dah hujung Syawal Sya..itu pun abang yang pujuk awak balik, kalau tak awak sikit pun tak nak ikut,” terang Syukri sambil menggosok bahu isterinya.
“Memang saya tak ikut, sebab saya tak suka balik kat rumah mak ayah abang itu, ayah abang tu pula bukan suka saya ni, dari awal lagi kita kahwin, ayah awak tu macam tak restui saya sahaja…” balas Farisya pula dengan menarik muka.
Syukri mengeluh panjang. Dia menggelengkan kepalanya. Mungkin kesal dengan sikap isterinya yang keras kepala. Tidak mahu menurut kata.
“Awak tak habis-habis ungkit fasal itu, dah lima belas tahun kita mendirikan rumah tangga, Sya. kita dikurniahkan dua cahaya mata. Fida tu dah sekolah di tingkatan dua, Zuan pulak dah darjah enam..takkan ayah saya masih tak restu lagi, ” Setelah Syukri berkata sedemikian, Farisya mula menepis tangan Syukri yang berada di bahunya sedang menggosok lembut.
“Memanglah bang tapi itu tak bermakna ayah awak dapat menerima saya,” Fasrisya mempersoalkan perkara yang sudah lama. Lantas dia bangun dari sofa menuju ke balkoni.
“Sudahlah Sya! Abang nak kita balik beraya rumah mak ayah abang jugak!” bentak Syukri yang berang dengan cara Farisya itu. Lantas Farisya menoleh dan berkata,
“Baik!! Abang balik rumah mak ayah abang! Saya balik rumah mak ayah saya! Fida dan Zuan akan ikut saya!” kemudian dia terus menarik muka dan terus jalan menghentak-hentak kakinya menuju ke tempat kotak kunci yang melekat di dinding untuk mengambil anak kunci kereta. Syukri terjegil mata melihat rajuk Farisya dan melihat isterinya itu melangkah keluar dengan ekor matanya.
Selepas itu segera dia keluar dari rumah tanpa izin suami. Mungkin dia merajuk atau sememangnya dia buat perangai. Fida dan Zuan dari tadi hanya memerhatikan sahaja pergaduhan mulut di antara papa dan mamanya dari muka pintu bilik mereka tanpa di sedari oleh Syukri dan Farisya.
Zuan kemudiannya menghampiri Syukri diekori oleh Fida.
“Papa... papa gaduh dengan mama fasal nak balik kampung rumah siapa ya?” ujar Zuan yang berbaju tidur.
Syukri mengangguk lalu dia menggosok ubun kepala anak lelakinya.
“Ah! papa ni, benda kecik macam tu pun papa nak marah-marah mama,” Fida mencelah dengan menyilang tangan.
“Adik nak balik rumah Atuk Fuad, Adik nak ikut papa, kalau kakak nak balik rumah Nek Su, kakak ikutlah mama..” balas Zuan sebab dia tahu kakaknya itu suka balik rumah Nenek Suraya sebab dapat duit raya banyak tapi Zuan pula lebih suka balik rumah keluarga papanya. Dia suka dengan keadaan kampung itu, boleh mandi sungai.
Otak Syukri bertambah kusut. Anak-anak mereka juga turut berlainan pendapat seperti dia dan Farisya. Fida menyokong mamanya, Zuan pula menyokong papanya. Keadaan menjadi bertambah celaru.
“Sudah! Jangan bertengkar, lagi.. pergi masuk tidur, esok kan hari terakhir sekolah. Nanti lambat bangun...”
“Lusa kita bersiap balik rumah Nek Su kan papa?” soal Fida.
“Tak nak! Papa kita balik rumah Atuk Fuad ya!” Zuan menyampuk lalu menoleh ke wajah ayahnya.
Fida mencebik. Lantas dia menyilang rapat tangan ke tubuhnya. Kemudian mulutnya dimuncungkan.
Bertambah kacau hati Syukri sekarang ini. Apa yang dia perlu lakukan? Perasaan berbelah bahagi. Rumah mertuanya ke atau rumah ibunya? Bagaimana pula dengan Fida dan Zuan? Seorang hendak balik rumah mertuanya, seorang lagi nak ikut dia balik ke kampungnya. Sykuri menghela nafas. Dia bingung sendiri.
Begitulah keadaan yang berlaku seminggu sebelum itu. Masing-masing tidak mahu beralah. Maka pertengkaran sering berlaku. Untuk mendapat keputusan yang terbaik adalah terlalu sukar kerana keluarga Syukri begini, keluarga Syida pula begitu.
…………………………
4
DI MALAM aidilfitri ini sungguh indah, Rahmat TUHAN turun ke semesta alam. Hajah Salmah saat ini berada di dapur menyiapkan rendang daging kesukaaan kedua-kedua anaknya. Dia begitu mengharapkan kepulangan anak-anak untuk beraya bersamanya pada tahun ini.
“Syuraaaaa… mari tolong mak kat dapur ni kejap...” pekik Hajah Salmah.
Asyura yang sedang berjongkit kaki berusaha untuk memasang langsir baru. Serba serbi ditukar baru. Alas meja yang baru, bekas kuih muih juga baru. Dia juga telah siapkan sampul-sampul yang telah diisi dengan duit raya untuk budak-budak yang akan datang beraya di rumahnya. Zaman kanak-kanaknya sudah lama berlalu, kini tiba giliran dia pula untuk memberikan duit raya.
“Ye makkkk… kejap mak... Syura tengah pasang langsir ni... tunggu siap yang ini nanti Syura datang mak...” balas Asyura melerat nadanya.
Cepat-cepat Asyura memasang langsir itu. Selepas ini dia hendak pasang lampu kelip-kelip pula, bertambah serilah malam raya ini. Tapi sebelum itu dia harus pergi menjengah Hajah Salmah di dapur.
Setibanya di dapur dia melihat kelibat wanita tua separuh abad yang bertelekung itu sedang bersungguh menyiapkan rendang.
“Wah mak! Tahun ni banyak pula rendang mak masak, ada tetamu istimewa ke mak?” sapa Asyura sebaik menjejakan kaki ke bahagian dapur.
Hajah Salmah menoleh ke arah Asyura lalu dia tersenyum.
“Haaa… abang dan kakak jadi balik ya mak, bestlah raya ni kalau betul abang dan kakak nak balik, bertambah riuh lah nanti, lama Syura tak usik-usik Umairah,Umar,Fida dan Zuan tu, Mungkin dah besar panjang agaknya anak-anak saudara Syura tu kan mak...” ujar Asyura yang mempamerkan wajah gembira kerana dia juga menduga keluarga abang dan kakaknya itu akan pulang beraya.
Walaupun dia hanya anak angkat, namun baginya mereka ini adalah keluarganya, sejak kecil lagi mereka dibesarkan bersama-sama. Asyura sudah tidak punya siapa-siapa lagi di dunia ini. Ibu dan ayahnya telah meninggal dunia dalam sebuah kebakaran termasuk Abang Long, Kak long, Abang Ngahnya semua telah menjadi korban. Hanya dia yang terselamat pada waktu itu lantas dia dibela oleh keluarga Haji Fuad kerana ayahnya itu berkawan berkawan baik dengan Haji Fuad.
Kasih sayang yang dicurahkan oleh Hajah Salmah dan Haji Fuad tidak berbelah bahagi, dia ditatang bagai minyak yang penuh. Keluarga Haji Fuad ini tidak pernah menganggap dirinya orang asing malah dianggap Asyura ini sebagai anak sendiri.
Kata-kata Asyura tadi telah membuatkan Hajah Salmah terkedu. Dia takut anak-anaknya tidak pulang. Tapi naluri seorang ibu mengatasi segala-galanya. Gerak geri hatinya mengatakan bahawa anak-anak akan pulang. Pulang beraya bersama-sama.
“Syura..kamu kecilkan sikit api tu, nanti kering pula rendang tu.” Hajah Salmah berpesan pada Asyura yang tercegat sahaja dari tadi.
“Ya mak... ermm mak... nasi himpit dah siap ke mak?”
“Dah...”
“Lemang?”
“Ni mak tengah isilah ni...”
“He he he... kejap lagi kita pergi bakar lemang sama-sama ya mak... tak sabar rasanya Syura nak makan lemang yang mak buat..” ujar Asyura tersenyum kagum kerana Hajah Salmah mampu menyediakan semuanya sepantas yang boleh untuk menyambut kepulangan Syukri dan Syida yang sudah lama tidak bertemu.
Mereka bertungkus-lumus menyiapkan juadah hari raya.
“Mak mak... Ayah mana, mak?”
“Eh kamu ni, ayah kamu tu kan ada kat surau Haji Yahya...” Balas Hajah Salmah yang sedang mengisi pulut santan ke dalam buluh.
“Lupa pula… “ ujar Asyura sambil mengaru kepala yang tidak gatal.
‘Poooommmm dum dum’ tiba-tiba kedengaran bunyi yang cukup kuat. Mereka berdua terperanjat.
“Opocot anak kucing anak ayammmm anak kucing makan ayam..aihh aihhh…ishh” mujur tidak diketuknya kepala Asyura dengan buluh lemang akibat melatah setelah bunyi mercun berdetum di bawah rumahnya tadi.
Pantas kedengaran bunyi gelak tawa kanak-kanak nakal yang telah membaling mercun ke bawah rumah Hajah Salmah.
Asyura tumpang gelak melihat gelagat Hajah Salmah melatah. Sejurus itu Asyura meluru pantas ke tingkap untuk melihat budak-budak nakal itu.
“Ish kau ni Samad tak ada kerja lain, bahaya main mercun, nanti kalau meletup kat tangan habis putus jari esok kamu tak boleh raya..” pesan Asyura sambil berkerut dahi.
“Ala kak, raya tanpa mercun tak seronoklah, kan Zuki kan..”
“Ha`ah Kak Syura ni, tak bestlah kalau tak dengar bunyi mercun malam raya ni, nanti sunyi je” balas Zuki.
“Betul tu, main mercunlah best.. Eh! mari kita pergi tengok Khalid cucuh meriam..” Ariff mencelah.
“Jom jom…!” balas Zuki.
“Tunggulah kejap, aku nak cakap dengan Kak Syura dulu,” suruh Samad.
“Ya kami tunggu..” balas Ariff.
“Kak, Zuan ada tak?”
“Tak ada..” balas Asyura.
“Dia balik raya tak esok?” soal Samad.
“Insya-ALLAH,” ucap Asyura.
“Kalau dia balik raya, esok suruh dia datang beraya kat rumah Samad eh, dah lama tak jumpa dia, kami semua rindu nak ajak dia mandi sungai..hehe..”
“Rumah akulah sekali..” sampuk Zuki.
“Ha`ah rumah aku juga..” kata Ariff.
“Okeylah kak kami gerak dulu, nak main meriam buluh pula.. Selamat Hari Raya kak, cakap kat Pak Fuad dan Mak Mah maaf zahir batin sorry sebab sengaja cucuh mercun tu,” ujar Samad dan terus berlari.
“Sediakan duit raya banyak-banyak ye kak! Esok kami datang beraya rumah akak!” jerit Zuki pula sambil berlari mengekori Samad. Lalu mereka menghilang dalam kegelapan.
Asyura hanya tersenyum sambil menggeleng melihat gelagat budak-budak itu dan kemudiannya dia terus kembali ke dapur.
Tiba-tiba mata Asyura terbeliak dan tergamam melihat sekujur tubuh sedang terbaring kaku di lantai dengan buluh lemang itu masih terdapat di tangan.
“Makkkkkk!!!!!!!!!!!!!!” Asyura menjerit sekuat hati.
“Mak bangun mak... kenapa ni mak? Ya ALLAH! mengucap mak mengucap!” teriak Asyura setelah melihat Hajah Salmah tercungap-cungap menahan nafas yang tersekat-sekat.
“Syu..syura..ini mungkin ramadhan terakhir mak, es..esok..syawal mak tak sempat Syi... Syura...” kata Hajah Salmah yang sedang nazak.
“Jangan cakap macam ni mak… bertahan mak..tunggu abang dan kakak balik dulu mak, kita beraya sama-sama ye mak, tolonglah mak bertahan..” Asyura tersedu-sedu melihat keadaan Hajah Salmah.
Asyura terus meriba kepala Hajah Salmah. Dicium dahi itu berkali-kali. Tangan Hajah Salmah pula digenggam erat oleh Asyura.
“Syu..syura..kalau abang dan kakak kamu balik, ca..cakap pada mereka mak dah halalkan susu badan mak. Ma..mak halalkan segala-galanya ter...termasuk kamu Syura...”
“Mak mengucap mak..jangan cakap lagi mak... mengucap mak!” lantas Asyura merapatkan bibirnya ke telinga Hajah Salmah lalu melafazkan khalimah suci itu, dua khalimah syahadah.
“ASY-HADU AL LAA ILAAH ILLALLAH……”
“ASY-HADU AL LAA ILAAH ILLALLAH…” diikut Hajah Salmah.
“WA-ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASUULLULLAH…”
“WA-ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASUULLULLAH…” sempat diikut Hajah Salmah.
Mata Hajah Salmah terpejam rapat. Mata itu tidak akan terbuka lagi. Mata kasihnya ibu…
Perginya seorang ibu yang sudah tiada berpengganti lagi di dunia ini, perginya Hajah Salmah buat selama-lamanya menghadap Tuhan yang Esa. Dia telah dijemput ke Rahmatullah.
……………………
5
“SYUKUR Alhamdulillah, kerana Ramadhan terakhir pada tahun ini telah selamat kita sempurnakan. Diharapkan mudah-mudahan ibadah puasa kita selama sebulan itu diterima oleh ALLAH SWT, Insya-ALLAH. Dan pada esok hari adalah merupakan hari kemenangan bagi kita umat Islam..umat Nabi Muhammad SAW, Bulan Syawal akan tiba, dan pada yang belum menunaikan zakat, hendaklah membayarnya kepada saya sendiri selaku amil di kampung ini yang telah dilantik oleh Jabatan Agama..Dengan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua jemaah yang hadir pada malam yang mulia ini supaya berbanyak-banyaklah ucapan salam dan selawat ke nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW serta memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT..” Ceramah Ustaz Adnan di dalam surau Haji Yahya.
“Kenapa Pak Haji?” tanya Yusoff setelah melihat badan Haji Fuad bergoyang seperti hendak pitam.
“Tak ada apa-apa cuma rasa tak sedap hati aje,” balas Haji Fuad sambil membetulkan serebannya yang disangkutkan pada bahu.
“Masti anak Pak Haji dah balik ini..” Duga Yusoff.
“Kalaulah betul, aku bersyukur pada ALLAH..” balas Haji Fuad.
“Insya-ALLAH,”
“Aku pergi dululah,”
“Cepatnya, hmmm kalau macam itu saya nak minta maaf banyak-banyak Pak Haji, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin..” ucap Yusoff.
“Aku pun begitu juga Sof, Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin...” Balas Haji Fuad lalu mengangkat punggungnya dari lantai surau.
***
LANGKAH kaki Haji Fuad amat kaku. Dia berjalan sungguh perlahan. Langkah demi langkah diaturkan dengan hatinya yang kian dirundum resah. Apa yang telah berlaku hingga hatinya tidak tenang sebegitu. Perjalanannya hanya ditemani lampu suluh. Dia melalui jalan yang gelap tanpa sebarang lampu jalan menerangi keadaan itu. Kendengaran pula bunyi mercun dan meriam buluh bersahut-sahutan sentiasa menjengah ke cuping telinganya.
Sebaik kakinya melintasi jalan simpang tiga, tidak semena-mena sebuah motosikal sedang memecut laju terus sahaja melanggar tubuhnya.
“ALLAHU AKBAR!!!” dia mengaduh kesakitan setelah tubuhnya terpelanting jatuh dan rebah di bahu simpang tiga itu.
Remaja yang turut rebah bersama motor itu terpinga-pinga setelah melanggar Haji Fuad. Remaja berkenaan terus bangun lalu mencapai semula motorsikalnya dan memecut laju meninggalkan Haji Fuad yang meronta-ronta kesakitan. Haji Fuad kemudianya cuba bangun semula, tapi malangnya sebuah motorsikal lain yang tidak berlampu terus melanggar tubuhnya juga. Jika tadi dia dilanggar dari arah sipi tapi sekarang ini betul-betul tepat ke sasaran mengena tulang rusuknya. Tulang itu patah. Kepalanya pula terhantuk pada batu mengakibatkan pendarahan berlaku.
Kerana ketakutan, lelaki terbabit juga terus meninggalkan Haji Fuad. Jasad itu meronta-ronta dan meraung-raung meminta pertolongan namun tiada siapa yang dapat mendengarnya.
***
“ASSALAMUALAIKUM..Mak Haji! Mak Haji!!” Yusoff dan orang kampung serentak member salam. Mereka sedang mengusung jasad Haji Fuad yang sudah tidak bernyawa lagi.
Asyura yang lemah longlai tidak dapat berjalan lagi. Dia lemah dipangkuan jasad Hajah Salmah yang saat ini berada di bahagian dapur.
Panggilan yang tidak dijawab membuatkan Yusoff terus masuk ke rumah mencari kelibat Hajah Salmah dan Asyura. Terkejut besar Yusoff ketika terlihat jasad Hajah Salmah sedang kaku di sisi Asyura yang tersedu-sedu menangis.
“Pak Yusoff! Mak Syura pejamkan mata barangkali mak letih sebab tu mak tidur dekat sini…” Asyura masih tersentak dengan keadaan ini.
“Apa? Ya ALLAH Ya Tuhanku, nasib apakah yang telah menimpa mereka...”

Yusuff meletakkan jari di bawah lubang hidung Hajah Salmah. Tiada lagi dengus nafas yang keluar masuk dari rongga itu. Yusoff menguncap panjang.
“Syura, mak kamu dah meninggal,”
“Tidak! mak mana meninggal! Mak tidur aje! Mak letih sebab tunggu abang dan kakak balik,” Asyura seakan tidak menerima kenyataan itu.
“Syura... tabah Syura... bersabar banyak-banyak, ayah kamu juga telah meninggal dunia...”
“Meninggal??!!!” tersentak Asyura mendengar berita itu. Dia seakan tidak percaya. Memang benar-benar tidak masuk akal. Esok hari raya mereka mana boleh pergi macam tu sahaja. Bagaimana dengan hari raya? Asyura mahu beraya dengan mak dan ayahnya. Asyura tunggu hari esok. Ayura juga mahu beraya dan abang dan kakaknya juga.
Yusoff tunduk sedih. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Asyura hampir pitam mendengar khabar itu. Kematian serantak orang tuanya membuatkan dia sudah tidak keruan lagi.
“Kau tipu! Ha ha ha! Kau tipu!! Kau jangan tipu aku, mak aku tak mati ayah aku pun tak mati... dia tidur sekejap aje.. Ha ha ha!” tawa Syura disulam dengan tangisan secara tiba-tiba.
“Syura mengucap Syura... mengucap! Tabahkan hati kamu,”
Orang kampung yang berada diluar terus mengusung mayat Haji Fuad masuk ke dalam rumah. Dalam masa yang sama mereka terdengar tawa tangis Ayura di ruang dapur. Mereka menggeleng sedih dengan apa yang menimpa keluarga Asyura.
Asyura tidak dapat menerima kenyataan itu. Dia terlalu sayangkan mereka. Tuhan telah mengambil mereka berdua darinya.
****
BACAAN yasin bergema di malam raya di Ramadhan terakhir. Asyura cuba ditenangkan oleh Mak Piah di sisi.
“Sabar Syura sabar... Ingat pada Tuhan Syura...”
“Mak Piah.. bila mak dan ayah nak bangun ni? Esok dah raya.. kakak dan abang belum balik lagi” kata Asyura.
Dari luar rumah telah tiba sebuah kereta BMW.
“Abang.. Ramai pula orang datang beraya rumah mak malam-malam ni. Mak buat kenduri lah bang... macam tahu-tahu aje kita akan balik beraya kat kampung juga tahun ni..” kata Syida dengan pasti.
“Wah! Tak sabar nak jumpa atuk,” Ujar Umairah.
“Adik tak suka beraya kat sini!” bentak Umar.
“Adik..kita dah sampai kampung dah, tak baik bersungut macam tu,” tegur Umairah.
Umar terdiam. Dia terpaksa ikut pulang kerana Ayahnya beralah juga untuk mengikut kehendak ummi untuk pulang beraya ke kampung ini.
Mereka keluar dari perut kereta. Tapi aneh, telinga mereka mendengar yasin sedang dibacakan. Orang kampung yang berada di beranda rumah sedang memandang ke arah anak beranak itu.
Marzan dan Syida berpandangan sesama sendiri. Tidak lama kemudian sebuah kereta pula muncul di laman rumah yang diterangi pelita itu. Kereta Honda yang dipandu oleh Syukri. Ahli keluarganya juga kehairanan dengan apa yang dilihatnya. Syukri juga menduga sebagaimana Syida sebentar tadi.
Asyura yang menyedari kehadiran mereka terus berlari keluar. Tergesa-gesa dia ke situ dengan berkaki ayam sambil tersenyum.
“Kakkk!! Abang!!! Seronoknya kakak dan abang dah balik..cepatlah kak masuk.. mak dan ayah dah tunggu tu.. kesian mak dan ayah dah lama tunggu kakak dan abang balik beraya kat kampung..mak buat rendang tau. Istemewa untuk kakak dan abang..cepatlah” Asyura menarik tangan Syida lalu dia pergi pula menarik tangan Syukri serentak. Lantas mereka dipimpin naik oleh Asyura.
Orang kampung memandang gelagat mereka. Ada dia antara orang kampung itu sedang menangis, ada pula yang tunduk dan ada juga yang sedang menggelengkan kepala.
Bacaan yasin masih diteruskan. Sebaik mereka tiba dimuka pintu, Asyura memuncung mulutnya ke arah dua jasad yang ditutupi kemas dengan kain batik terbujur kaku di ruang tamu.
“Mak dan ayah sampai tertidur tunggu kakak dan abang balik...” ujar Asyura.
Terbeliak biji mata Syukri. Terjegil mata Syida memandang jasad yang sudah tidak bernyawa itu.
“Makkkkkkkkkkkkkkk!!!” Teriak Syida lantas dia memeluk jasad ibunya yang sudah tidak bernyawa. Begitu juga dengan Syukri.
Asyura tersengih sendiri, kadangkala dia menangis.
“Ampunkah Ida mak.. ampunkan Ida... Ayah!!!!!! Ampunkan Ida!! Ida berdosa pada mak dan ayah!!” Raung Syida.
“Ayah!! Syukri balik ni ayah!!! Jangan tinggalkan Syukri ayah...” Teresak-esak Syukri menangis dengan air mata tidak henti-henti mencurah.
Kedua-dua orang tua mereka tidak akan terjaga lagi. Mereka telah pergi. Pergi buat selama-lamanya. Menangis keluar air mata darah sekali pun mereka tidak akan kembali. Ramadhan Terakhir telah dihadiahkan buat keluarga Syida dan Syukri.
Hari ini kami pergi..
kami telah tinggalkan semua ini,
Hari ini kami telah pergi,
Semua ini tidak akan bermakna lagi,
Esok hari di aidilfitri,
Hanya sekadar impian hati yang tidak akan kesampaian,
Kerana kami telah pergi untuk menghadap ILAHI…
Hari ini kami pergi,
di Ramadhan terakhir kali,
Sedekahkanlah bacaan yasin agar terubat rindu ini.
(Wahai anak-anak ayah dan ibu, lihatlah jasad ini yang telah pergi kerana mengharapkan kamu pulang di aidilfitri yang kini sudah tidak kesampaian. Tidak dapat lagi ayah dan ibu bermain dengan cucu-cucu, tidak dapat lagi mendengar coleteh tawa mereka. Ayah dan ibu di sini juga tidak dapat melihat wajah anak-anak lagi.. Amin Ya Robba Alamin, Ya Tuhan.. KAU tinggalkanlah kami dengan anak-anak yang soleh dan solehah di dunia ini agar mereka dapat mendoakan kesejahteraan kami yang telah terdampar di sini… Ya Fattah Hu Ya Alim.. KAU bahagiakanlah kami dengan kebahagiaan mereka, KAU hadiahkanlah kami dengan kegembiraan mereka semoga kami diampunkan oleh MU ALLAH)
-Moral- Utamakan hasrat ibu dan ayah. Mengejar kekayaan semata-mata tidak akan mendamaikan hati ibu dan ayah sebaliknya curahkanlah kasih sayang pada mereka. Tiada apa yang mereka mahu selain daripada kasih sayang dan perhatian. Jangan sering beralasan dengan ibu bapa. Dan di bulan yang mulia ini jangan cuba-cuba main mercun.
-TAMAT-

No comments:
Post a Comment