Bab 1
HARI ini merupakan hari yang begitu bahagia buat Rustam kerana telah diijab kabulkan dengan seorang wanita yang begitu dicintainya iaitu Lucy H. Jonathan atau nama Islamnya Sofea Abdullah. Sungguh berseri-seri wajah pengantin baru ini dengan segaknya dia bertanjak dan juga begitu cantiknya pula Sofea apabila didandankan sebegitu rupa.
Wajah suci itu ditatap berkali-kali oleh Rustam di birai katil yang dihias cantik. Rustam kini bergelar suami yang sah buat Sofea dan begitu juga Sofea telah diikat sebagai seorang isteri buat jejaka itu.
Rustam merapati isterinya yang termenung jauh. Fikiran Sofea menerawang entah ke mana. Suaminya itu mahukan keceriaan dipamerkan oleh Sofea bukannya menonjolkan wajah usang di malam pertama ini.
Usahlah dirosakkan malam ini dengan berkerut dahi tetapi berikanlah senyuman manis tanda rela hatinya itu yang telah dinikahi Rustam. Demi cinta, Sofea sanggup tinggalkan keluarganya malah meninggalkan ajaran yang dianutinya selama ini.
Saat ini sudah halal sentuhan, sudah sah perkahwinannya di sisi hukum syarat. Sofea kini beragama Islam dan Islam ini juga membolehkan dia bersama dengan Rustam. Tapi kenapa wajah Sofea seperti takut-takut sahaja.
“Sayang, kenapa nampak muram saja? Sayang tidak bahagiakah berkahwin dengan mas?” Rustam menutur katanya kerana gusar melihat wajah isteri tercintanya itu.
Sofea menundukkan wajahnya. Cuba disembunyikan reaksi wajah usang itu. Berkali-kali dia cuba mengukirkan senyuman namun bibirnya senang diketap lembut.
Pertanyaan itu dibiarkan sahaja oleh Sofea tatkala Rustam mahukan penjelasan. Kenapa isterinya statik begitu.
Segera Rustam menguis dagu lembut isteri tersayang untuk ditatap wajah itu dan untuk dipandang sedalam-dalamnya mata ayu Sofea.
Kala ini Sofea tidak mampu bertentang mata dengan suaminya. Entah kenapa terasa panahan mata Rustam begitu berbisa sekali. Walhal sorotan mata itulah yang telah membuatkan dia jatuh cinta. Dia tergoda, dia terpersona dan dia terpaku dengan reaksi itu. Renungan mata Rustam bercahaya hingga menyinari relung hatinya. Tapi mengapa kini tidak sanggup ditatapi wajah Rustam itu?
“Sayang, andai pernikahan ini tidak kau relakan, maka mungkin malam ini adalah yang terakhir buat kita,” kata Rustam yang kemudiannya mengeluh panjang.
Sofea terus mengangkat dagunya dengan sedaya upaya cuba memandang wajah Rustam.
“Tidak mas, sebenarnya saya senang bersuamikan kamu, tapi saya karget mas, karget dengan apa yang telah saya lakukan ini..” ujar Sofea.
Rustam terus meletakkan jari telunjuknya pada bibir lembut Sofea.
“Shhhh, jangan ucap apa-apa lagi, jikalau Sofea tidak suka, mas boleh tidur di luar saja..” balas Rustam.
“Jangan mas, tidurlah di sini, temani saya..masakan sudah jadi suami Sofea tapi masih mahu tidur sendiri. Nggak usah ah..” balas Sofea.
Rustam tahu Sofea masih diburu rasa serba salahnya di atas segala keputusan yang diambil dan dalam masa yang sama isterinya itu perlukan Rustam terus berada di sisinya.
Bab 2
PAGI yang indah dengan kicauan burung berlagu riang mendamaikan keluhan di hati Rustam. Hari ini sudah genap 4 hari dia bergelar pengantin baru dan bergelar suami kepada Sofea. Di beranda rumah dia termenung jauh hingga sampai ke Kota Jakarta fikirannya mengingati semula detik pertemuan dia bersama Sofea Abdullah.
“Kamu mahu ke mana sih?! Ke sini kamu!!” bentak Andrey lelaki campuran darah Belanda dan Cina itu sambil memaut kasar tangan Lucy.
Kekasaran yang dilakukan itu tidak disenangi oleh Lucy. Langkahnya terhenti setelah Andrey memaut tangannya. Dia segera menoleh dan merenung tajam ke arah lelaki itu.
“Jangan kau campuri urusanku! Pergi!” kata Lucy.
“Aku nggak mahu pergi!” kata Andrey.
Lucy merengus geram.
“Lepasin aku! Goblok!” cetus Lucy.
Andrey menguatkan genggaman tangannya itu. Lucy meronta agar tangannya dilepaskan.
“Kenapa kamu hah?! Kenapa kamu nggak mahu menikah sama aku?! Adakah aku tidak cukup sempurna buat kamu?” soal Andrey yang begitu geram kerana lamarannya ditolak oleh Lucy.
Dalam keadaan ini Lucy tidak mahu berkata-kata lagi. Cukuplah Andrey tahu bahawa dirinya sudah menolak lamaran itu.
“Katakan! Aku mahu dengar!” pinta Andrey.
“Lepasin aku!” pinta Lucy.
Andrey mempamerkan wajah bengis.
“Aku bilang lepasin aku!” pinta Lucy lagi.
Andrey tidak lepaskan.
Lucy bertindak di luar kawalan. Dia meludah ke wajah Andrey menyebab dia menerima habuan yang setimpal dengan tindakannya. Lucy ditampar di depan mall.
Lucy kesakitan setelah ditampar lelaki itu.
“Brengset kamu!” carut Lucy menanggung sakit dan malu.
“Jangan berani-berani kamu bilangi aku begitu! Awas kamu!” ugut Andrey.
Rustam yang saat ini sedang meneguk secawan kopi di restoran yang berdekatan dan memerhatikan sahaja insiden itu. Dia tidak mahu masuk campur urusan orang-orang di situ tambah pula ini bukan tanah airnya. Tanah Jakarta dipijak atas dasar urusan kerja. Tugas wartawan memang begini setelah dipinta untuk berada di sini membuat liputan semasa dia harus menurut kerana ini adalah mata pencarian rezekinya.
Tapi lelaki sepertinya tidak mampu melihat wanita itu ditampar berkali-kali tanpa belas. Orang lain yang lalu lalang di situ tidak juga mencampuri insiden itu. Dan pada mula dia memang tidak mahu masuk campur tapi keadaan itu telah membuatkan dia sedar, tindakan lelaki itu telah mencabuli hak asasi wanita. Maka dia terpaksa melangkah deras untuk mendekati mereka yang sedang bertengkar supaya perkelahian itu dapat dileraikan.
Bab 3
“Kamu sakit mas?” soal Lucy yang risaukan Rustam dari dirinya sendiri.
Rustam menggeleng. Saat ini dia terduduk di atas jalan.
“Bohong! Masakan tidak, pipi kamu sudah benjol kok, biarin saya sapukan ubatnya,” katanya sambil menceluk tangannya ke dalam beg tangannya untuk mengambil ubat sapu bagi melegakan kesakitan Rustam yang telah ditumbuk oleh Andrey kita cuba menghalang Lucy dari terus dikasari.
Rustam terus bangun serentak dengam Lucy. Dia tidak membiarkan Lucy menyapukan ubat pada pipinya yang bengkak itu. Dia terus melangkah meninggalkan Lucy di situ. Tidak berbaloi dia menghalanginya malah dirinya pula yang dikasari.
Rustam bukan penakut untuk membalas semula tindakan Andrey itu tapi bila difikirkan ini bukan negaranya untuk dia berkelahi seperti budak-budak. Namun cukuplah kehadirannya sebentar tadi dapat memberhentikan tindakan Andrey dari terus menampar Lucy sesuka hati.
Lucy membuntuti Rustam yang masih menyentuh pipi sendiri menggosok lembut pada bahagian yang bengkak itu. Di tangan Lucy masih terpegang sobotol minyak kecil untuk dihulurkan kepada Rustam.
“Mas, tunggu dong,” pinta Lucy.
Rustam terus melangkah tanpa menoleh lagi.
“Mas..” kata Lucy lagi.
Rustam tidak menghiraukannya.
Rustam terus melabukan punggungnya pad tempat duduk di restoran itu yang ditinggalkannya sebentar tadi. Masih tergiang-ngiang kata-kata Andrey ditelinganya.
“Kamu sudah mencampuri urusanku, awas kamu!” bentak Andrey yang terus meninggalkan Rustam dan Lucy setelah satu tumbukan padu dilepaskan ke wajah Rustam dan tepat mengenai sasaran.
“Kenapa kamu tinggalin aku, Mas? Ambil ini sapu di wajah kamu..” ujar Lucy lalu duduk di depan Rustam sambil menghulurkan botol minyak itu.
Keluhan berat dilepaskan Rustam. Dia tahu dirinya berada dalam bahaya. Kemungkinan Andrey akan mencarinya. Mungkin juga Andrey telah memusuhi Rustam dan berdendam dengannya. Pasti Andrey akan menjejaki Rustam selepas ini.
“Kok diam..” kata Lucy lagi.
Rustam memandang wajah Lucy yang saat ini pipi gadis itu kemerahan. Rustam pelik dengan sikap si gadis ini yang lebih mementing diri orang lain berbanding dirinya sendiri. Sedangkan tadi gadis itu telah berulang kali ditampar kiri dan kanan pipinya. Sungguh cekal gadis ini yang langsung tidak bergenang air mata ditubirnya meskipun telah dimalukan di khalayak ramai.
“Where are from mas? I fikir you bukan orang sini..” soal Lucy.
“Malaysia,” balas Rustam.
“I see. What are doing here?” tanyanya lagi.
“Job,” jawab Rustam sepatah.
“Whats job?”
“Saya seorang wartawan,” beritahu Rustam.
“Bagus sekali pekerjaan kamu, mas.. Namaku Lucy, nama kamu?” puji Lucy sambil menghulurkan tangannya untuk disalami oleh Rustam.
“Nama saya Rustam,” balas Rustam perlahan dan tidak menghulurkan tangannya.
Lucy faham, mungkin sentuhan itu terbatas di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dalam agama yang dianuti oleh Rustam iaitu Agama Islam.
“Macam mana dengan pipi kamu?” soal Rustam pula.
“Nggak apa-apa, kamu pula bagaimana..?” tanya Lucy pula.
Rustam tersengih sahaja kala ini tatkala Lucy menghulur semula botol ubat itu.
Mereka berdua berkenalan di restoran itu. Lucy menerangkan kepada Rustam siapa Andrey yang sebenarnya maka Rustam kini sudah memahaminya. Takdir telah menemukan mereka di situ. Dua hati saling mahu mengenali.
Bab 4
NAFAS Rustam di bumi Jakarta terus segar dengan kehadiran Lucy dalam hidupnya. Si gadis itu sering kali mengambil tahu akan khabarnya. Tidak cukup bertemu, mereka berbual pula di telefon.
Sekarang sudah sebulan dia berada di Kota Jakarta, di kesempatan itu, dia dapat juga melawat banyak tempat-tempat menarik di sini. Jakarta kota metropolitan di Indonesia yang mempunyai kepadatan penduduk yang teralu tinggi nisbahnya kalau hendak dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Namun Rustam tetap berbangga menjadi anak Malaysia kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, maka baik lagi di negeri sendiri.
Kemesraan antara mereka berdua tidak dapat disangkalkan lagi. Lucy mahu memperkenalkan Rustam pada ahli keluarganya.
Perasaan malu dan segan bersarang di benang hati Rustam ketika ini kerana sebentar lagi dia akan bertemu dengan ahli keluarga Lucy.
“Ayuh..” pinta Lucy.
Rustam agak kaku di situ setelah keluar dari perut kereta Lucy. Rumah yang didiami oleh keluarga Lucy yang begitu mewah sekali. Di dalamnya terdapat kolam renang dan taman. Rumah banglo tiga tingkat ini tersergam indah. Pertama kali dia akan dibawa bertemu dengan orang tua Lucy.
Pertemuan yang tidak boleh dianggap enteng kerana sebarang kemungkinan pasti berlaku. Saat ini juga Rustam berkata-kata di dalam hatinya.
‘Boleh ke mak dan ayah dia menerima kedatanganku? Adakah mereka merestui aku berkawan dengan anaknya? Lucy ni memaksa aku datang bertemu pulak dengan orang tuanya, aduha! Tiba-tiba saja jantung aku berdetak kencang. Aku seperti dapat rasakan akan wujud sesuatu yang tidak baik..’ dugannya.
“Mas, ayuh masuk..” pinta Lucy yang berdiri di muka pintu pagar yang terbuka secara automatik itu.
Rustam mengangguk perlahan dengan menelan deras air liurnya. Hatinya dirundung kebimbangan yang jelas terpancar dari rauk wajahnya. Kemudian dia menguntum senyum kerana sengaja mahu menyembunyikan resah itu dari pandangan mata Lucy gadis berbangsa Cina itu.
Bab 5
SUNGUH benar telahannya. Keluarga Lucy tidak dapat menerima kehadirannya. Diri Rustam dicela dengan begitu hebat. Dia telah dikatakan perosak hubungan Lucy bersama Andrey. Semua itu adalah tidak betul. Bukan Rustam penyebabnya. Fitnah!
Keindahan percintaan Lucy dan Rustam yang baru berputik itu seakan lenyap buat selama-lamanya. Rustam terhimpit di dalam keadaan yang menjadikan dirinya tidak keruan. Relung hatinya resah berpanjangan.
“Aku nggak mahu kamu berhubungan dengan Lucy, kalau kamu berani-berani mendekati dia, kamu akan aku habisin,” kata Jonathan.
Ibu Lucy hanya terbungkam sahaja tidak berani masuk campur kerana dia mengenali siapa suaminya. Jonathan memang bersifat bengis dan kalau dia tidak sukakan sesuatu, pasti sampai ke mati pun dia akan membenci dan berdendam.
Rustam ketakutan, hatinya tiba-tiba kecut. Namun dia tetap gagahkan jiwanya demi cintanya terhadap Lucy.
“Baik! Tapi kalau Lucy kembali pada saya, awak jangan salahkan dia atau saya, awak salahkan diri awak kerana menghalang cinta suci kami,” balas Rustam dengan sedikit keberanian demi menyuarakan kebenaran.
Sungguh yakin sekali dia berkata begitu kerana dia benar-benar mencintai Lucy.
Jonathan dari awal memang mempamerkan wajah bengis, Rustam pula terus melangkang pergi meninggalkan rumah mewah itu. Dia berharap dirinya tidak akan dihentam dengan pengawal peribadi mereka.
“Mas!! Jangan pergi mas.. mas..!” raung Lucy yang telah dihalang oleh pengawal peribadi Jonathan.
Soratan mata Lucy begitu hambar sekali setelah melihat Rustam melangkah pergi. Jiwa dan hatinya menjadi keruh kerana cinta dihalang oleh orang tua, sering saja terjadi seperti kebanyakan sinetron di kaca televisyen dan saat ini adalah kebenaran yang pahit untuk diterima.
Akhirnya tubir mata Lucy bergenangan tidak tertahan lagi. Cecair jernih itu mengalir deras. Maka tiada lagi gelak tawanya bersama Rustam, dan tidak akan ada lagi bunga ros yang akan diterimanya apabila melangkah masuk ke ruang kantornya setiap hari serta dia tidak akan menerima ungkapan kata-kata sayang melalui pesanan ringkas selepas ini kerana Rustam telah melangkah membawa sekeping hati yang terluka.
Bab 6
KEMURUNGAN yang dihadapi Lucy begitu mencengkam jiwanya. Kerinduan yang amat mendalam terhadap Rustam telah membuatkan dirinya jadi begini. Dirinya dikurung oleh ayah sendiri. Tidak boleh keluar rumah dan tidak boleh ke mana-mana melainkan dia bersama Andrey sahaja. Jonathan mahu Lucy berkahwin dengan Andrey.
Sungguh tega Janathan membiarkan Lucy tersiksa. Rumah besar ini bagaikan sebuah penjara. Hidupnya tertekan.
Lucy tidak dibenarkan menggunakan telefon malahan telefon bimbitnya juga turut dirampas oleh Jonathan.
“Papa nggak mahu kamu berhubung dengan dia lagi, ingat Lucy! Kamu adalah anak papa, justeru itu kamu jangan ingkar arahan yang papa berikan, kalau kamu ingkar jugak, kamu akan terus begini selama-lamanya,” pesan Jonathan.
“Papa nggak sayang lagi pada Lucy! Selama ini papa bohong! Papa bilang akan menurut apa kemahuan Lucy! Tapi ini apa? Papa mengkhianati janji-janji papa sendiri! Gimana lagi Lucy mahu patuh pada papa?” bentak Lucy dengan sepenuh hati.
Kekecewaan ini tidak dapat ditelan dengan mudah. Jonathan memang tidak memahami kehendak hatinya.
“Kerana papa mahu kamu menikah sama Andrey, dia lebih layak buat kamu dan lihat saja perusahaan yang dia miliki itu. Dengan kekayaan seperti itu, dia bisa membuatkan hidup kamu bertambah senang sayang.. dia bisa juga berikan kamu kebahagiaan..” kata Jonathan dengan lembut.
Lucy merengus geram. Betapa papanya itu hanya mementing kekayaan semata-mata sedangkan hidupnya tidak pernah tenang dengan semua ini. Biarpun memiliki rumah sebesar ini dan mobil semewah itu tidak dapat menjaminkan kebahagiaan.
“Papa ingat kebahagian Lucy dapat dibayar dengan uang? Gitu?!” ujar Lucy yang saat ini terus bangun dari katilnya dan terus merenung ke luar tingkap.
Jonathan mendekati anaknya dan memaut lembut bahu anaknya dengan usaha ingin memujuk dan melembutkan hati Lucy.
“Sayang..lihat papa.. dan renung mata papa,” kata Jonathan.
Lucy terus menoleh dan memandang wajah papanya.
“Mata papa ini bisa lihat di mana letaknya bahagia buat kamu, jodoh kamu adalah bersama Andrey, bukannya lelaki yang kamu kenalkan pada papa itu. Dia tidak punya apa-apa, dia bukan penduduk Negara ini dan Papa nggak mahu anak papa hidupnya nanti dihimpit dengan kesusahan.” ucap papanya itu.
Lucy mengangkat kening. Dia tidak mahu disatukan dengan Andrey seorang lelaki yang berlagak baik tapi sebenarnya dia bukan begitu. Ada perkara yang menyebabkan dia tidak dapat menerima Andrey meskipun lelaki itu memiliki kekayaan dan menjalankan usaha sama dengan syarikat papanya.
Kali ini dia harus menyatakan kebenaran di sebalik semua itu. Rahsia Andrey kepada Jonathan. Biar papanya itu tahu hakikatnya.
Bab 7
KERINDUAN terhadap Lucy menghentak-hentak di relung hatinya meskipun dia sudah berada jauh, jauh dari Kota Jakarta. Kini dia sudah kembali ke tanah air dan sudah pun sebulan berlalu. Cintanya itu telah tertinggal di Jakarta. Dia tidak akan kembali lagi ke sana.
Ingatannya terhadap Lucy harus dipadamkan supaya dia lebih berkeyakinan melakukan tugas harian sebagai seorang wartawan. Namun setiap kali dia cuba melupakan, setiap kali itu juga wajah Lucy terawang-awang di mata fikirannya.
“Tam! Apa yang kau menungkan tu, nanti sejuk air tu, minum cepat! kang nyamuk sempat bertelur palak dalam tu..” seloroh Khairie.
Lamunan Rustam terhenti setelah dikejutkan oleh kata-kata Khairie rakan setugasnya yang saat ini sedang melabuhkan punggung di Starbuck Times Square Kuala Lumpur.
Rustam hanya menggeleng sahaja.
“Apa kata lepas ni kita naik atas tengok wayang. Aku teringin nak tengok cerita Transformer dua tu, Fitri dan Naurah cakap cerita best..mereka dah tengok, tinggal aku je yang belum lagi..” kata Khairie.
Rustam mengerling lalu berkata.
“Aku tak suka tengok cerita tu..” balasnya.
“Habis kau nak tengok cerita apa?” soal Khairie.
“Aku nak tengok movie Ketika Cinta Bertasbih,” balas Rustam.
Khairie menggaru kepalanya. Hairan benar dengan cita rasa Rustam kali ini.
“Cerita tu dah lama keluar panggunglah,” ujar Khairie.
“Memanglah, tapi aku nak tengok kat rumah, aku dah beli dvd nya.” kata Rustam.
Khairie mengeluh panjang. Nampaknya terpaksalah dia menonton wayang seorang memandangkan dia sudah tidak ada buah hati lagi kerana Naurah sudah dirampas oleh Fitri. Meskipun dia tidak pernah melafazkan kata cinta pada gadis itu dan hanya syok sendiri namun minatnya terhadap Naurah masih bersisa. Biarkanlah dia simpan sahaja perasaan itu kerana dia yakin Naurah bahagia dengan Fitri sekarang.
***
RUSTAM terkulat-kulat di Starbuck, berkali-kali dia memandang telefonnya yang diletakkan di atas meja. Saat ini dia sendiri kerana Khairi telah pergi menonton wayang seorang diri. Dia malas menemani kawannya itu lagipun dia memang kurang berminat dengan cerita begitu.
Telefon berkenaan hanya dipandang sahaja kerana sampai ke hari ini dia tidak dapat menghubungi Lucy dan hanya berharap Lucy dapat menghubunginya namun harapannya itu seperti sia-sia sahaja.
‘Aku sanggup menanti seribu tahun lagi untuk bertemu lagi dengan gadis sepertimu, biarpun pada masa-masa kelahiran yang akan datang biarkanlah cinta ini berakhir dengan bahagia. Aku tidak sanggup terus hidup begini menanggung kerinduan terhadapmu sayang,’ kata hatinya.
Tidak dapat dibendung lagi rasa rindunya terhadap gadis Indonesia itu. Biarpun berlainan agama namun dia telah pun jatuh hati, dia terpaut dengan sifat cekal yang ditonjolkan oleh Lucy. Dia tahu Lucy masih cintakan dia dan tidak akan berkahwin dengan Andrey.
Dia teringat lagi kata-kata Lucy berkenaan Andrey yang mengatakan kenapa dia tidak dapat mencintai Andrey.
“Kenapa awak tidak menerima lamaran dia, bukanah dia cukup tampan?” soal Rustam.
Lucy berkerut dahi.
“Ya, tampan dan ganteng bangat, kerana itu dia sering menjadi kegilaan ramai lelaki sejenisnya. Apa kamu mahu saya menikah dengan lelaki homo?” soalnya dan Rustam agak terkejut mendengarnya.
“Oh! Begitu ya?” balas Rustam separa soal.
“Asalkan kamu tidak..” kata Lucy.
“Minta dijauhkan..” kata Rustam.
Lucy tergelak sendiri.
“Saya yakin kamu bukan kayak gitu,” kata Lucy yang memiliki sepasang mata yang sungguh cantik.
“Agama saya melarang keras berhubungan sesama jenis dan saya telah pun dididik dengan ilmu agama Islam. Insya-ALLAH, semoga TUHAN saya melindungi saya,” balas Rustam.
Lucy mendengarnya dengan penuh rasa kagum dan berminat ingin tahu apa yang Rustam lakukan sebelum ini. Dia mahu mengenali hati budi lelaki Rustam yang telah menyelamatkannya.
Bab 8
SISA-sisa kenangannya yang kekal berbaki itu diamati. Direnung jauh-jauh dan membayangi Lucy ada bersamanya menonton movie Ketika Cinta Bertasbih yang dibelinya pada siang tadi. Pendukung cerita itu digambarkan sebagai Lucy, itulah yang dia anggapkan. Sengaja membina watak sendiri dalam movie tersebut.
Memiliki isteri solehah menjadi idamannya. Dia akan mendidik perempuan yang menjadi bakal isterinya nanti dengan ilmu agama yang dibekalkan. Rustam arif tentang ilmu agama dan sudah banyak kali dia khatam mengaji Al-Quran dan boleh menghafal 30 juzuk yang terkandung dalam kitab suci itu. Bekas pelajar Al-Azhar Mesir telah menjadikan dirinya begitu beruntung.
Cita-cita untuk menjadi seorang pengajar sudah tenggelam kerana minat untuk menjadi seorang wartawan mula timbul maka dia menyambung pelajarannya dalam bidang kewartawanan pula. Rezekinya sudah di situ dan sudah tertulis buatnya.
Menjadi wartawan liputan bukan tugas yang enteng, jadualnya kadang-kadang tidak menentu malahan sentiasa berubah-ubah dan dia redha dengan semua itu. Dirinya berasa seronok dengan tugas dan tanggujawab yang dipukul sekarang ini.
Biarpun selama ini dia menyibukkan dirinya namun sukar untuk dia lupakan Lucy, sesekali nama itu terpacul sendiri dari mulutnya tanpa sedar, malah sering kali termimpi-mimpikan Lucy hadir dalam hidupnya. Bila dibuka semula matanya, dia mengeluh, Lucy tidak ada kerana terus hilang dalam bayang-bayang itu.
‘Semalam kita bersama melayar bahtera dalam cinta.
Dan hari ini pula kita berduka kerana badai telah melanda jiwa.
Sampai bilakah kita bertahan apabila diuji sebegini rupa?'
Tercatat luahan rasanya yang tercipta dari sekeping hati yang resah dan bersulam dengan kerinduan yang teramat dalam sekali.
Tersiksa sungguh dirinya dengan semua ini. Terus menanti dan sampai bilakah kerinduan itu akan terubati dan dia sudah tidak tertahan lagi kerana cintanya hanya untuk Lucy.
Bab 9
LEWAT! Rustam bangun lambat! Dia marah sendiri dan mengetuk-ngetuk jam locengnya yang tidak mengeluarkan amaran awal. Jam locengnya sudah kehabisan bateri. Rustam melepaskan geram terhadap jam locengnya itu.
Cepat-cepat dia bangun dan terus mandi. Selepas subuh tadi dia tertidur semula. Habis dia kali ini, bos dia pasti bising sebab lewat. Usai mandi dia terus bersiap ala kadar sahaja. Rambut sisih laju, baju pula tidak dimasukkan ke dalam seluar. Kasut dicapai sesuka hati kerana tidak mahu dipilih lagi kerana terlalu banyak kasut di atas raknya.
Sebaik pintu rumah dibuka, dia terdengar anak jirannya berkata-kata yang sedang bermain di laman rumah mereka.
“Ayah.. hari ni kita pergi Sunway Lagoon,” kata budak itu.
“Yelah ayah, hari minggu macam ni mana best duk rumah je..” kata budak seorang lagi.
Rustam menepuk dahi sendiri. Dia terlupa bahawa hari ini hari adalah hari cutinya. Semalam bos dia memberi dia cuti berehat kerana menyangka Rustam kurang sihat.
Terukir senyum dibibir Rustam lalu diketap berlahan. Dia masuk semula ke dalam rumah sekilas dia memandang jam dinding menunjukan pukul 11 pagi. Dia rasa mengantuk lagi dan terus rebahkan dirinya di katil.
Baru sahaja dia hendak lelapkan mata setelah menguap banyak kali tiba-tiba dia terdengar loceng rumahnya berbunyi.
‘Siapa pulak yang datang ni,’ gerutu hatinya.
Rustam terus bangun dan meluru ke pintu rumahnya lalu tembol pintu ditarik. Matanya terlihat seorang perempuan berjilbab labuh sedang berdiri diluar pagar rumahnya. Wajah itu tidak dicamnya. Kemudian dia terus melangkah menghampiri wanita itu.
“Assalamualaikum mas..” ujar perempuan itu.
Setelah ditenung dalam-dalam, Rustam telah mengenali gadis itu berdasarkan tahi lalat kecil di bawah bibir kirinya. Wajahnya saling tidak tumpah seperti Lucy wanita yang dikenalinya dan dicintainya di Jakarta, Indonesia.
“Waalaikumusalam,” balas Rustam.
“Mas masih ingat pada saya?” soal perempuan itu.
Bila mendengar suara itu, maka Rustam mempamerkan reaksi terkejut yang teramat sangat. Dia tidak menduga wanita yang berdiri diluar pagarnya itu adalah Lucy.
“Lucyyyyyyyyyyyy!” kata Rustam dengan rasa terharu.
“Maaf mas, saya bukan Lucy lagi, namaku Sofea Abdullah,” kata perempun itu.
Rustam menggaru kepalanya.
“Tapi kamu adalah perempuan yang saya kenali dulukan?” soal Rustam ragu-ragu.
Memang dia adalah Lucy atau nama Islamnya Sofea Abdullah. Sofea mengangguk perlahan membenarkan soalan itu.
“Sayang.. saya tak sangka orang yang berdiri di depan saya adalah orang yang saya cintai dan ternanti-nanti selama ini,” ujar Rustam.
“Benar mas, ini adalah saya,” balas Sofea.
Tubir mata Sofea bergenang, sedetik lagi pasti akan mengalirkan air mata. Dia begitu merindui Rustam selama dia tersiksa di tanah airnya. Cinta dan sayangnya terhadap Rustam tidak berbelah bahagi lagi. Sofea tertarik dengan Islam sebab itu dia menukar agama lamanya. Sekarang dia berasa tenang setelah memeluk agama yang diredha oleh ALLAH swt ini.
Pertemuan yang tidak disangka-sangka. Rustam sungguh bahagia. Sinar mentari dihatinya bersinar kembali. Sofea datang mencari dirinya. Cintanya terhadap Sofea tidak pernah pudar.
Sofea mencari Rustam berdasar alamat yang diberikan dulu. Takdir telah menemukan mereka berdua. Cintanya di Kota Jakarta itu datang ke Malaysia menapak di Kuala Lumpur.
Bab 10
“MAS…kok menung, lagi fikirin apa dong?” sapa Sofea yang telah mengejutkan Rustam dan mengembalikan ingatannya pada dunia nyata.
“Eh! Sayang, mas teringatkan kisah dulu-dulu masa kita bercinta.” balas Rustam.
Pipi Sofea kemerahan setelah Rustam berkata begitu lantas ingatannya tertumpu pada kenangan itu di saat ini tercekik tulang ikan. Dalam keadaan kritikal itu Rustam sanggup menjolok jarinya ke dalam kerongkong Sofea manakala Sofea membiarkan saja demi meghilangkan kesakitan akibat tulang ikan itu. Ramai orang-orang di restoran berkenaan hanya memandang mereka, malah ada yang ketawa.
Rustam ketika itu juga teringatkan petua orang dulu-dulu iaitu dengan mengempal nasi dan terus ditelan. Itulah yang disuruh oleh Rustam kepada Sofea kerana menjolok jarinya ke dalam kerongkong Sofea itu hanya tindakan yang sia-dia. Cecair jernih di tubir matanya hanya menanti jatuh kerana menahan rasa ingin muntah dan tiba-tiba dia tidak tertahan lagi lalu tersembur muntahnya itu mengena baju Rustam.
Kala itu ramai pelanggan menjebih, jijik pula melihat muntah itu hingga ada yang tidak lalu makan namun pasangan itu hanya ketawa saja.
“Ayuh! Minum dulu mas,” pelawa Sofea yang tadinya membawa secawan kopi kegemaran suaminya itu sambil tersengih sendiri.
“Sayang, saat ini sayang bahagia tak?” tiba-tiba sahaja soalan itu ditanya oleh Rustam sebaik isteri tercintanya melabuhkan punggung di sisinya dalam bersama-sama menikmati suasana kampung rumah peninggalan arwah ibu dan ayahnya itu.
Perkahwinan mereka berlangsung di desa tercinta ini.
“Bahagia bangat, kenapa dong mas tanya kayak gitu?” soal Sofea semula.
Lantas Rustam mengenggami tangan isterinya itu dan dicium berkali-kali menunjukan kasih sayangnya. Kemudian Sofea juga berbuat demikian lantas dia menapak telapak tangan suaminya ke pipinya pula.
“Minggu depan kita balik ke Kuala Lumpur, ya. Mas kena sambung kerja,” kata Rustam mengingatkan isterinya tentang tanggugjawabnya itu.
Sebagai isteri yang solehah dia perlu mengikut kehendak suaminya. Maka dia mengangguk perlahan.
***
KESIBUKKAN kerja mula dirasai kini namun tumpuan terhadap rumah tangganya tidak pernah diabaikan Rustam. Setiap hujung minggu pasti dibawa Sofea ke mana-mana sahaja tempat yang romantik. Dia tidak mahu mensia-siakan perkahwinannya dengan hanya terperap dirumah, biarpun Sofea telah diminta supaya menjadi suri rumah sepenuh masa.
Kebahagiaan yang mereka kecapi kini tidak ternilai harganya. Hidup dalam kesederhanaan bersama Rustam dan meninggalkan kekayaan keluarganya di Kota Jakarta itu. Dia sanggup sehidup semati bersama suaminya. Susah dan senang bersama-sama.
Sudah empat bulan berlalu, Sofea menunjukkan tanda positif. Munurut doktor Sofea telah hamil tiga bulan. Senyuman dibibir Rustam tidak pernah lekang.
“Sayang.. jalan baik-baik, jangan lalu kat situ, licin..” pesan Rustam melihat Sofea berjalan mendekatinya di meja tulis.
Saat isterinya tiba-tiba kehausan di malam hari,
“Sayang… jangan pergi ke mana-mana, biar mas aja yang ambilkan air untuk sayang..” kata Rustam.
Bila isterinya hendak mencuci pakaian pula,
“Biar mas tolong,” katanya.
Bila tiba saat menghadap ALLAH, Rustam akan menjadi imamnya. Dan saat mengaji pula…
“Salah bacaan tu, yang ni adalah baris atas, bunyinya lain, kena macam ni, alif atas a, ba atas ba, ta atas ta, jadi a..ba..ta..”
“a…ba…ta..” ikut Sofea.
Begitulah hari-hari yang dilalui mereka berdua. Didikan agama di ajar oleh si suami kepada isterinya kerana Sofea memerlukan sokongan padu dari suami setelah memeluk agama suci ini.
Bab 11
SOFEA tersunyum dan dirinya betul-betul tenang sambil menggosok kandungannya berusia 7 bulan itu. Rustam teringinkan anak lelaki dan doktor telah mengesahkan anak dalam kandungannya itu adalah lelaki.
“Anakku, bila kamu udah lahir, ibu harap kamu juga seperti ayahmu, rajin dan berilmu agama. Ibu sayangkan ayahmu dan kamu adalah bukti cinta ibu bersama ayahmu itu,” bisik Sofea dengan terus mengosok kandungannya itu.
“Ayah dan ibu telah memilih nama yang terbaik buat kamu, nama kamu adalah Nur Firdaus. Kamu tahu nggak maknanya? Menurut ayahmu, Firdaus itu adalah nama sebuah Syurga yang paling atas. Nur pula maksudnya adalah cahaya. Indah sekali namamu itu sayangku, tidak sabar rasanya ibu mahu melahirkan kamu. Ibu mahu lihat wajahmu seganteng ayahmu itu dan kamu perlu menjadi seorang anak yang soleh yang selalu mendoakan kesejahteraan buat ibu dan ayah, ya?” kata Sofea lagi.
Tidak lekang dia menguntum senyum yang terindah ini. Kemudian dia menyambung melipat segala pakaian yang diangkat pada jemuran tadi.
Sekilas dia menjengah jam di dinding, sudah senja begini masih belum pulang. Selalunya dia akan menghubungi Sofea mengkhabarkan sebab kelewatan atau sebarang perubahan. Tapi sekarang tidak ada. Jantungnya berdetak kencang, seperti ada perkara buruk yang berlaku. Naluri seorang isteri dapat merasakannya.
Perasaan yang bersimpang siur itu terus reda setelah mendengar enjin kereta suaminya dari luar dan sedang membuka pintu pagar. Debaran tadi kembali sejuk dan dingin.
“Assalamualaikum…” ucap salam dari Rustam.
“Waalaikumussalam mas.. kok lambat pulangnya?” soal Sofea setelah melihat kelibat suami tercegat di muka pintu rumah.
Rustam tersenyum apabila melihat wajah isterinya yang sedang duduk di ruang tamu sambil melipatkan pakaian.
“Cuba lihat apa yang mas beli,” pinta Rustam sambil menghulurkan beg plastik kepada Sofea.
Lantas Sofea mencapainya lalu dibuka. Sorotan mata Sofea bersinar bila tertancap pada kotak kecil yang dibungkus cantik bersama barang lain seperti permainan kanak-kanak. Persiapan awal dibuat Rustam untuk anak yang bakal dilahirkan Sofea.
Lantas dikucup lembut dahi isterinya. Tidak lama selepas itu Sofea mengambil kotak kecil itu. mahu sahaj dibukannya tapi sengaja dihalang oleh suami.
“No no.. sayang tak boleh buka dulu but close your eye first honey..” pinta Rustam.
“Lagi ngapain mas, saya bingung, sudah dikasi tapi nggak bisa dibuka dulu..” gerutu Sofea lalu mencebik.
“Dengar kata mas, pejam mata tu dulu,” pinta Rustam lagi sambil tersengih.
Sofea memejamkan mata serapat-rapatnya. Rustam berpuas hati dengan cara Sofea pejamkan mata itu. Dalam seminit dua Sofea statik begitu gelisah menunggu kejutan yang ingin dibuat oleh suaminya.
“Sekarang buka,” suruh Rustam.
Sofea terus membuka deras matanya, terkejut melihat kek di atas meja.
“Selamat hari lahir sayang..” ucap Rustam yang telah membuatkan Sofea tersenyum bahagia kerana hari lahirnya disambut oleh suami tercinta. Hari lahirnya di sambut sederhana tapi penuh bermakna.
Jika sebelum ini hari lahirnya meriah dengan rakan-rakan hadir ke majlis sambutan hari lahirnya di rumah besar itu. Kemudian pula akan diraikan di kelab malam dengan diiringi dengan musik yang rancak.
Sungguh haru dirasakan. Lantas dia mendakap tubuh suami tercinta dengan lenangan air mata.
“Terima kasih mas kerana meraikan hari lahir saya,” ucap Sofea.
Rustam membalas dakapan isterinya seerat-eratnya.
“Cepat potong kek tu, biar abang suapkan kek tu nanti..” suruh Rustam sambil menggosok-gosok belakang isterinya itu.
Kemudian Sofea memotong kek coklat strawberi itu. Rustam menyuap kek tersebut buat Sofea dan begitu juga sebaliknya.
Bab 12
SOFEA tidak dibenarkan membuka kotak tersebut. Suaminya meminta dia membuka pada 7hb Jun ini. Sofea selalu tertanya-tanya kenapa dengan tarikh itu baru boleh dibuka kotak hadiah ini. Dia pernah memujuk suaminya supaya memberitahunya. Tapi Rustam berkata, bila sudah tiba tarikh itu Sofea akan tahu. Tinggal seminggu sahaja lagi. Dia perlu bersabar dan setia untuk tidak membuka terlebih dahulu. Kotak itu tersimpan di atas rak meja soleknya.
Hari-hari yang dilalui diselubungi dengan pertanyaan itu. Dan sikap Rustam tidak menunjukkan sebarang keganjilan cuma soal itu sahaja yang membebankan kepalanya.
Akhirnya tarikh yang dinanti pun tiba, Sofea melangkah bersama kotak kecil itu ditangannya untuk menemui suaminya yang sedang berada diruang tamu.
Di situ dia melihat suaminya bersandar di sofa sambil memejam rapat matanya. Dia menduga suaminya telah terlena di situ, mungkin kepenatan.
“Mas..” panggilnya.
Rustam diam.
“Mas..” panggilnya sekali lagi.
Namun Rustam hanya mendiamkan diri sambil mata terpejam rapat dan tidak bergerak.
“Mas….!” Pekiknya.
“Astarghfirullah Al`adzim… terkejut mas..” ucap Rustam mengucap panjang kerana tersentak dengan laungan itu. Lalu Rustam menoleh melihat wajah lembut Sofea setelah mengusap wajahnya.
Sofea tersengih sahaja tapi sekejap-sekejap dia mencebik.
“Mas, bisa dibuka nggak kotak ini?” soal Sofea yang sudah tidak sabar-sabar lagi ingin tahu apakan yang ada di dalam kotak tersebut hingga menjadi rahsia yang membingungkan kepalanya selama seminggu.
Rustam melepaskan keluhan yang tersangat berat. Dia serba salah untuk membiarkan isterinya membuka kotak itu. Rustam kemudiannya terbungkam.
Sofea melutut di sisi suaminya dan mahu meminta izin untuk membuka kotak tersebut.
“Mas, bisa nggak dibuka ni?” soal Sofea lagi.
Rustam menggeleng.
“Gimana ni? Dulunya bilang bisa dibuka hari ini, kok masih digeleng saja?” gerutu Sofea yang bekerut dahi dengan tiba-tiba.
Rustam memuncungkan mulutnya.
“Mas… apa rahsia yang cuba mas sembunyikan dari saya? Mas harus bilang sama saya sekarang jugak..” tiba-tiba Sofea memaksa suaminya berlaku jujur.
Sofea bersikap aneh. Kenapa terjadinya perkara ini. Dia sudah tidak sabar membukanya tapi Rustam pula seperti tidak mengizinkannya.
“Tunggu apa yang mas nak cakapkan ni” soal Rustam.
Sofea terlopong. Dirinya memang sedia menunggu.
“Pertama, sayang memang jujur dan setia dan sentiasa ingat pada tarikh tersebut baru boleh dibuka kotak itu. Keduanya, setelah tibanya hari ini sayang telah menemui abang untuk meminta izin abang bagi membuka kotak tersebut, abang begitu berbangga kerana memiliki seorang isteri yang taat.” ucap Rustam.
Sofea berasa terharu mendengarnya. Dia sendiri tidak dapat menilai dirinya melainkan si suami sendiri. Dia sedaya upaya menjadi seorang isteri yang solehah buat suaminya. Akhirnya dia tahu tujuan sebenar suaminya itu.
“Tapi…” tiba-tiba Rustam masih bertapi-tapi lagi membuatkan Sofea terangkat kening.
“Mas terkilan sikit..”
“Apa mas?”
“Sebab hingga saat ini pun awak tidak ingat bahawa tarikh itu adalah merupakan hari lahir mas.” Rustam terus menunduk laju kepalanya.
Sofea tercengang.
No comments:
Post a Comment