Pada tahun 1994, Di Teluk Gadong Dungun Terengganu.
Zaman kanak-kanakku suka berkelah. Memang aku sukakan aktiviti ini. Jika sudah dinamakan berkelah maka di situ terdapat jugalah aktiviti memancing dan mandi-manda. Pendek kata aku berkhemah sekali untuk tiga hari dua malam di Teluk Gadong tu. Semuanya cadangan Asmadi kawan baik aku waktu itu. Kami berlima, Dee, Zuan, Kadil, Asmadi dan aku.
“Memang seronok dapat berkhemah ni,” ucap Asmadi di hadapan. Kami sedang menunggang basikal bersama-sama. Masing-masing bawa basikal sendiri jadi ada lima buah basikal semuanya.
“Memang seronok, nasib baik mak dan ayah aku izinkan. Kau cakap ada cikgu teman sekali kalau tidak jangan harap mak dan ayah aku nak kasi berkhemah ni,” kata Dee pula.
Aku mendengar sahaja ucapan-ucapan mereka. Ada di antara mereka berbohong pada ibu bapa mereka. Bagaimana pula aku? Aku juga begitu mengatakan ada cikgu sekali ikut. Hakikatnya memang tak ada pun. Aku terpaksa kerana demi merasai pengalaman berkhemah tu. Sebelum ni aku tak pernah ikut camping pihak sekolah anjurkan. Jadi hanya aku seorang sahaja yang tidak biasa. Kawan-kawan aku tu semua ada pengalaman.
“Mike! Kita berhenti dululah... aku nak beli goreng pisang dekat makcik tu,” kata Asmadi pada aku. Aku angguk sahaja. Kami dah sampai ke Tanjung Sura dan di situ ada makcik dan pakcik jual keropok lekor dan pisang goreng. Maka kami ikut beli bersama Asmadi.
Selepas itu kami pun bawa basikal kami dekat pagar. Kami kunci rapat-rapat basikal kami dekat pagar UiTM Dungun tu. Kami dan masuk hutan simpan tu. Memang aku pernah datang dengan keluarga aku dan kawan-kawan aku sebelum ni dekat sini. Tapi tak adalah sampai berkhemah. Hari ini pula seronok dapat berkhemah. Aku bawa barang-barang. Aku tibai (ambil) periuk nasi ibu aku. Susah ibu aku nak masak nasi nanti. Tapi tak apa ada lagi periuk. Aku bawa beras, gula, gelas sendiri. Pakaian dan tuala mandi. Alat pancing ayah aku punya. Ayah aku pun tak tahu aku tibai jugak.
Lain-lain barang, kawan-kawan aku bawa. Ada bawa sardin, telur, kekacang dan lain-lain. Aku dan mereka mula melangkah di saat sudah pukul empat petang. Kenapa pergi petang dan tidak bertolak pagi? Dee baru balik dari Kuala Terengganu lawat makcik dia sakit sebab tu kami lambat.
Rancang pagi tadi tapi petang baru boleh ke sini. Tak apalah janji boleh berkhemah. Aku dan mereka, berlima akan berkhemah di Teluk Gadong!!! Yahuuu!
Masa masuk hutan tu kami redah lurah dan macam-macam batu yang ada. Kami ambil jalan pintas. Jalan berupa lorong yang selalu babi ikut. Cepat sikit sampai.
“Apa hal pilih sini,” aku mula-mula membantah.
“Kita nak cepat sampai, nanti malam tak best la nak pasang khemah. Nak memasak lagi...” balas Asmadi dan yang lain menyokong.
“Okey, kalau macam tu kita langkah cepat-cepat jangan macam kura-kura,” kata Zuan pula bertubuh kecil.
“Kau ni tubuh kecil pun nak angin semacam, apa ke *&(**%” kata Kadil pula.
“Wei! Berapa kali aku nak pesan, masuk hutan mulut tu jaga sikit!” Asmadi marah setelah dia berpesan pada kawan-kawan sebelum masuk hutan simpan ni.
“Madi...” desis Zuan.
Aku tengok aje, Zuan tunjuk tempat. Aku pelik dia nampak apa. Kami pun skodeng.
“Dee... sini,” aku pun panggil dil pulak. Asmadi, Kadil pun ikut skodeng.
“Fuyooo!! Awek tu dengan balak dia... mesti student Uitm ni buat kerja tak senonoh...” kata Zuan.
Kami bersembunyi di balik pohon rendang. Menghendap dua makhluk tu sedang duduk atas bangku. Kami tak nampak wajah mereka kerana mereka menghadap ke laut dari atas bukit tu. Waktu aku sedikit pun tak tahu macam mana lelaki dan perempuan tu boleh duduk atas tu berasmara.
“Nak pergi dekat?” cadang Asmadi.
“Alah!! Kita kan dah lambat...” kata aku.
“Tak apa, boleh cuci mata,” kata Zuan.
“Kalau bawa kamera syok ni!”
‘pok!’ kepala Zuan kena luku dengan aku.
“Kau datang sini nak berkhemah ke nak jadi tukang siasat kes maksiat?”
“Yelah!!” Zuan merajuk.
Baru sekejap sahaja kami bercakap, dua orang tu dah tak ada atas tu. Barangkali tersedar kami intai kut? Tapi rambut awek tu panjang gila. Sentuh tanah. Yang lelaki tu pula rambut trojan. Woh! Memang ranggi mereka ni. Lepas tu kamu buat tak layanlah biasalah buat kerja kotor dalam hutan tak nak kasih orang nampak tapi mereka lupa Tuhan nampak.
Setelah sejam lebih akhirnya kami sampai juga ke Teluk Gadung. Cuaca cerah dan air laut tidak bergelora. Seronoklah kami daki batu di tepi pantai tu untuk sampai ke Teluk Gadung. Kalau air laut pasang tak mungkin kami akan sampai kerana itulah satu-satunya laluan yang cepat sampai.
“Okey! Sekarang kita dah sampai,” kata Asmadi
“Memanglah dah sampai,” Zuan mencelah.
“Yelah... kita pasang khemahlah!” balas Asmadi sambil sekeh kepala Zuan.
Masa tu aku toleh ke kanan. Aku nampak awek tadi dengan pakwe dia ada atas batu pula dekat dengan gua. Eh! Macam mana mereka boleh ada dekat situ? Lidah aku terkunci. Aku baru sahaja nak beritahu Asmadi, aku dah cuit tangan dia, lepas tu aku toleh semula orang tu dah tak ada. Masa tu aku dah tak sedap.
“Madi... aku nak balik!” aku dah ketakutan. Aku dah mula mintak nak balik.
“Wei! Kita dah sampai sini kau nak balik pulak. Kalau kau nak balik kau balik lah sendiri!” marah Asmadi pada aku. Dia marahlah sebab aku dah bersetuju tak nak sebut perkataan balik bila sampai sini. Aku beria-ia nak ikut tapi nak mula ajak balik.
“Kau apa hal? Gelabah semacam, kau takut *&*&&% datang cekik kau?”
‘Pok’ sekali lagi kepala Zuan kena luku dengan Asmadi.
“Adehhh,”
“Kau pun satulah! Mulut tu janganlah cabul sangat! Aku memang tak nak ajak kau ni! Menyusahkan betul. Dan kau Mike... betul ke nak balik? Kalau kau nak balik kau ikut jalan tadi. Aku akan ada dekat sini, lagi pun hari dah nak gelap. Aku nak pasang khemah,” Asmadi memang sengaja cabar aku.
Macam mana? Aku pun takut ni. Nak tak nak aku ikut mereka juga. Kadil dan Dee senyap sahaja. Tak kata apa-apa pun. Dan aku harap ada yang sudi ikut balik.
“Dee, kau nak balik tak?” Dee menggeleng.
“Kadil?” dia pun sama menggeleng.
Aku tak boleh balik. Asmadi senyum sahaja dia tahu aku tak berani.
Selepas itu kami pasang khemah. Ombak sentiasa menghempas pantai. Dee dan Kadil cari kayu api berdekatan. Aku, Zuan dan Asmadi pasang khemah. Badan aku ni tak habis lagi menggigil. Aku takutlah. Hari ni hari khamis. Sudah tentu malam nanti malam jumaat!!!
Aku keluarkan barang-barang yang lain. Kayu api dah ada, siap menyala dah. Dua buah khemah dah siap pasang. Betul-betul sudah gelap.
“Okey! Sekarang semua dah siap. Tinggal satu benda sahaja kita belum buat lagi,” kata Asmadi.
“Apa dia?” aku menyoal.
Zuan, Kadil dan Dee mendengar sahaja.
“Solat Maghrib,” kata Asmadi.
“Mana nak ambil wudhuk?” aku bertanya.
“Ni!” Zuan tunjuk sesuatu.
“Nak buat apa lampu suluh tu. Bukan boleh dibuat wudhuk!” marah aku bengang Zuan nak main-main.
“Kita pergi sungailah dekat atas tu. Kita solat dekat situ terus,” katanya.
“Kau ni apa?!!! Gelap! Lagipun aku...”
“Lagipun apa? Kau takut ($%$#%#% cekik kau?”
‘pok!’ Zuan asyik kena luku kepala dengan Asmadi yang mulutnya memang tak ada insurans.
“Marilah! Tak baik kita abaikan solat,” kata Dee pula.
Tak baik abaikan solat!! Menipu orang tua baik pulak? Geram sungguh aku. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa di dalam hati aku ni rasakan.
Kadil dan Dee angkat punggung. Aku yang masih duduk.
“Okeylah kalau kau tak nak pergi kau jaga khemah ye?”
Gila?! Aku jaga khemah? Sorang? Wei!!
“Aku ikut!!” aku terpaksa akur. Semua pergi takkan aku nak tunggu sorang dalam gelap macam ni yang hanya ditemani unggun api? Nasi semua dah masak. Tadi mereka tu tak ambil air dalam baldi banyak-banyak tu kenapa? Takkan sekarang ni nak kena pergi dekat sungai tu lagi! Geram aku!
Masa dalam kegelapan yang hanya diterangi lampu suluh tu... aku berhimpit-himpit kerana takut. Aku pengang bahu Dee... Dee tepis sebab geli dengan lagak aku.
“Kau ni apa hal Mike? Takut sangat ni kenapa?” tanya Dee.
“Mahu aku tak takut! Tu bunyi apa tu?” aku bertanya resah.
“Kau ni janganlah tegur! Tu bunyi burung hantu,” desis Kadil pula
“Itulah yang aku ta...takut...” balas aku menggigil sambil melangkah berat.
Asmadi dan Zuan pegang lampu suluh tu dah jauh di hadapan.
“Cepatlah Mike! Kau ni lembap betullah!” marah Dee.
Aku mempercepatkan langkah namun aku tidak sangka bahawa aku begitu malang. Aku begitu tidak sedar dalam gelap itu ada benda yang sangat merbahaya datang menjemput aku jika tidak berhati-hati.
‘Debukkk’ aku jatuh sakit! Kaki aku tersadung pada akar pokok yang menjalar.
“Wei!!!” aku menjerit! Mereka tak dengar. Aku ditinggalkan jauh.
Aduh!!! Sakitnya tiba-tiba aku rasa belakang aku kena tindih. Memang sakit dan berat. Aku jatuh tertiarap lepas tu macam ada batu hempap aku. Ya Allah. Aku sesak nafas. Tak boleh nak bernafas. Aku dah menjerit sekuat hati panggil mereka yang jauh di hadapan namun mereka tak dengar. Hakikatnya pada jarak itu mustahil mereka tak dengar.
Aku dapat rasakan ada benda di hadapan wajah aku, Aku tak nampak gelap. Aku dapat rasakan rambut menggesel wajah aku. Rambut yang sungguh panjang. Aku tidak dapat bergerak untuk pegang rambut itu. Tangan dan kaki aku dikunci rapat. Ya Allah beratnya. Aku hampir mati ditindih.
Akhirnya aku tidak tahu apa selepas itu berlaku. Aku rasakan dunia ini gelap dan aku seakan mati. Memang aku tidak tahu apa-apa. Yang aku tahu aku kena tindih dengan sesuatu.
“Mike!!!!” aku dengar suara orang panggil aku.
“Mike!!!” berkali-kali.
Telinga aku dapat menangkap namamu diseru itu. Aku mesti buka mata untuk melihatnya. Perlahan-lahan aku membuka mata aku. Alangkah terkejutnya aku. Aku hampir jatuh mujurlah aku memeluk kuat. Aku peluk dahan itu.
Aku berada di atas pokok. Hari sudah siang. Matahari sudah tegak. Bagaimana aku boleh ada atas pokok ni? Pokok ketapang.
“Woi!!!!! Tolong aku!!!!” aku menjerit panggil kawan-kawan aku. Aku kenal suara mereka yang panggil tadi.
Akhirnya mereka temui aku. Mereka terkejut kerana aku ada atas pokok. Kata mereka. Malam tadi mereka cari aku tapi tak jumpa. Mereka tidak tahu aku berada di mana. Dee perasan jejak aku hilang bila dia toleh ke belakang. Dia tengok aku tak ada. Padahal aku nampak mereka menjauh pergi bersama lampu suluh itu.
Tidak!!!! aku tidak akan berkelah di situ lagi!!!! Aku terus balik. Aku demam seminggu. Mujurlah ia tidak tunjukkan wajahnya yang mengerikan di situ. Kalau tidak aku sudah mati terkejut dan mungkin kepala aku pecah jatuh pokok. Aku cerita pada mereka. Mereka mengesahkan itu adalah puntianak. Betul atau pun tidak aku tak pasti. Dan ada yang kata itu orang bunian. Aku pun tak pasti. Sampai sekarang aku tak pasti. Aku tak akan ke sana lagi!!!
Karya - Miqael Arshad

No comments:
Post a Comment