Statistik Terkini

Friday, April 1, 2011

Pasrah Dalam Cinta

"Bagaimana untuk abang menyayangi awak sedangkan awak tidak pernah nak dengar cakap abang. Lebih baik kita berpisah. Cukuplah sampai sini percintaan kita,"

Begitu sebak hatinya tatkala perkataan perpisahan yang terucap. Seorang perempuan tidak betah menerima perkataan itu yang membuatkan jantungnya seakan terhenti. Sungguh terlalu kecewa. Dia membayangkan penderitaan sedang menunggu. Lelaki di hadapannya seakan mahu melihat dirinya hidup sengsara sepanjang hayat.

“Abang! Jangan buat Mia macam ni bang tolong bang. Mia merayu pada abang. Mia cintakan abang. Siang dan malam Mia tak boleh lupakan abang,” ucap Mia bersungguh-sungguh mempertahankan cinta yang disemai sekian lama.

Manisnya percintaan antara mereka bakal berakhir. Tidak sanggup dirinya mahu berpisah dengan Alan. Entah kenapa Alan membuat keputusan terburu-buru. Hakikatnya cinta itu bukan secara paksa malah secara rela. Apakah tiada cinta di hati Alan buat Mia? Sudah tertutupkah hati Alan buat Mia?

Alan begitu egois ketika ini. Alan mempamerkan sikap pentingkan diri sendiri. Namun soal hatinya yang dilafazkan sebagai cemburu itu benar-benar merobek sekeping hati seorang wanita bernama Mia. Wanita yang bertakhta di hati sekian lama kita mahu dicampakkan begitu sahaja bagai sepah yang terbuang.

“Sudah Mia... kalau Mia betul-betul cintakan abang kenapa Mia boleh keluar dengan lelaki lain? Sudah banyak kali abang nampak dengan mata kepala abang sendiri,” Alan memberikan alasan yang tidak kukuh.

“Abang... Mel tu cuma kawan biasa aje bang, tak lebih dari tu. Kenapa setiap kalinya abang cemburu abang minta putus? Kenapa bang?” Mia merayu dengan lirih nadanya menahan sebak mencengkam jiwa.

Lelaki bernama Alan yang tegar melafazkan permintaan itu seperti tidak menyimpan rasa bersalah malah kelihatan seperti tidak berperasaan. Mia sayu. Di dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

“Abang tidak boleh melihat Mia dengan lelaki lain. Abang berasa sangat dayus. Ini  belum kahwin, kalau sudah berkahwin bagaimana? Setakat ni sahaja pertunangan kita. Mula saat ini kita putus,”

“Abang!!” Mia memanggil Alan melangkah pergi tanpa mempedulikan Mia lagi.

Mia menangis teresak-esak di kebun bunga. Terlerai kasihnya pada Alan. Alan begitu cemburu. Alan tegar memutuskan pertunangan ini. Bagaimana untuk Mia menjawab dengan keluarganya? Apa lagi yang tinggal? Mia sendiri tidak tahu apakah dia bersalah? Dia hanya keluar bersama Mel sahaja. Dia ada sebab kenapa dia keluar dengan Mel. Alan tidak mahu mendengar penjelasannya.

Mia tidak sengaja ikut lelaki lain memandangkan Mel adalah rakan sekerjanya. Mengapa Alan begitu cemburu hingga sanggup putuskan pertunangan?

'Abang!! kenapa abang buat macam ni bang? kenapa?! Kenapa?!' Mia benar-benar kecewa tergores hatinya. Luka itu sangat dalam. Hanya disebabkan hal itu perkara ini menjadi sangat dahsyat. Ia bagaikan sebuah mimpi ngeri. Bercinta kemudian berpisah. Sungguh keterlaluan.


***

“Sampai begitu sekali ke Alan buat kau? Dia tu memang tak gunalah Mia... buat apa kau nak layan lelaki macam tu lagi? Cemburu buta. Kang tak pasal pipi ko ditampar lagi. Aku tak suka tunang kau tu. Memang dari dulu lagi aku tak setuju kau bercinta dengan dia,” Mel berbicara rasa tidak suka.

“Apa-apa pun dia tunang aku Mel,”

“Bekas tunang,”

“Aku tak kira! Bagi aku dia tetap tunang aku,”

“Walaupun dia dah putus dengan kau?”

Mia terdiam. Dia tidak tahu apa lagi yang hendak dia khabarkan. Dia susah puas menangis dan sekarang air matanya berguguran lagi di bangku antara dia dan Mel sedang duduk menghadap taman permainan.

“Kau fikir dia boleh terima kau lagi ke?” Mel bertanya.

Lelaki berbaju Polo hitam itu menanggalkan kaca mata hitamnya itu lalu disangkutkan pada leher baju. Dia memandang Mia dalam-dalam. Mia sedang menangis.

“Sudahlah tu Mia, tak guna kau menangis lagi. Kalau dia betul-betul cintakan kau dia akan siasat dulu. Dia main serkap jarang. Kau berkawan dengan aku dah lama kan, sebelum kau bertunang dengan dia. Dia yang patut berfikir, bukannya kau,” Mel tidak putus-putus menasihat Mia Elysa supaya melupakan Alan Fitri.

Mel Iskandar tidak mahu melihat Mia menitiskan air mata untuk lelaki tidak boleh berfikir itu. Perkahwinan antara mereka hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi tapi sudah buat perangai. Mel pula yang sakit hati.

“Kau tak faham perasaan aku Mel... aku cintakan dia, aku betul-betul sayangkan dia,”

“Kau ingat cinta bagi pihak kau tu bermakna buat dia? Kau fikir dia akan balik pada kau. Come on Mia... ini buktinya,” Mel menunjukkan sesuatu dari telefon bimbitnya. Terkejut Mia melihatnya.

Mia tidak sanggup untuk melihatnya lagi. Dia tidak percaya. Dia tahu Alan seorang yang setia melain dirinya sahaja yang sering dituduh curang.

“Tidak!”

“Mia!” Mel memanggil Mia yang bangun dan terus berlalu mendapatkan kereta dan terus beradar dari situ.

Mel mengeluh dan rasa menyesal menunjukkan bukti itu. Dia tidak sepatutnya menjadi orang yang menangguk di air yang keruh.

***
Kereta dipecut laju. Pedal minyak ditekan habis. Dia tidak dapat mengawal emosinya. Dia mesti berjumpa dengan seseorang dengan segera. Mungkinkah itu yang sebetulnya? Sanggup minta putus kerana menyimpan rahsia besar?

“Patutlah kau beria-ia minta putus! Bukan aku yang curang tapi kau yang curang. Kau tidak tahu betapa aku sayang dan cintakan kau?!” Mia bercakap sendiri di dalam kereta yang dipecut laju membelah dada senja itu.

Akhirnya kereta Perodua Rusa berhenti di sebuah appartment. Dia segera keluar dari perut kereta dan melangkah laju menuju ke rumah seseorang.
Setibanya di hadapan pintu rumah itu.

“Linda!!! Buka pintu ni! Buka!!! Aku tahu kau ada dekat dalam!” pekik Mia sambil mengetuk kuat pintu itu. Mia tahu Linda ada di dalam appartment itu kerana kereta milik Linda ada di bawah.

“Buka pintu ni!!! Cepat!!!” Mia benar-benar marah.

Lama juga pintu itu hendak dibuka dan akhirnya. Terpacak bukan Linda di situ. Mia rasa bengang. Dia mahu berjumpa dengan Linda.

“Mana Linda?!” Mia bertanya kasar dengan matanya membulat besar.

“Lin... linda...” tergagap-gagap Tiya kawan pada Linda menjawabnya.

“Tepi!!” Mia dengan muka tidak tahu malu terus melanggar Tiya untuk meluru masuk ke dalam rumah itu. Mia mahu memeriksa sendiri sama ada Linda ada di rumah itu.

“Mana Linda?!” diulang lagi pertanyaan itu.

“Linda keluar,” balas Tiya yang gementar melihat kemarahan Mia.

“Dia pergi mana? Kereta dia ada dekat bawah,”

“Ta... tadi...”

“Tadi apa?!!” Mia menengking.

“Alan datang sini jemput Linda keluar,”

“Apa!!! Argh! Dia ni nak kena! Dia keluar dengan tunang aku!! Kurang ajar kau Linda!!” Mia marah-marah. Darahnya mendidih. Dia sudah tidka tentu arah. Benar-benar berang dengan keadaan ini.

“Dia pergi mana?”

“Tak tahu...”

“Kau berpakat dengan dia ke Tiya? Kau pun sama perampas!” tiba-tiba Tiya kawan satu kolejnya dulu dimarahinya. Linda juga merupakan kawan satu kolej dengannya dulu. Mia tidak sangka Linda sanggup buat macam ni. Patutlah Alan bersungguh minta putus dan menjadikan alasan dia keluar dengan Mel adalah satu kecurangan.

Mia terus keluar. Dia membuat telahan sendiri. Mungkin Linda ke taman. Memang Alan suka bawa dia ke taman dan perkara yang sama juga akan dia lakukan pada Linda membawa perempuan itu ke taman. Tapi taman bunga yang mana? Mia sendiri tidak tahu.

***

Mia patah hati. Dia kecewa. Terbungkam di situ di dalan restoran. Dia menanti Mel tiba setelah dihubungi. Malam kian pekat. Mia putus asa mencari Alan dan Linda tidak ditemui.

Tidak berapa lama selepas itu Mel tiba.

“Kau ni kenapa Mia? Aku tahu kau cemburu dan kau bertindak melulu. Kau pun sama macam Alan. Sudahlah! Lupakan dia! Lelaki tu tak gunalah Mia. Ramai lagi lelaki lain yang kau boleh jadikan suami,” Mel berkata sambil menarik kerusi untuk duduk di hadapan Mia.

“Kau cakap memang senang Mel! Kau tak rasa. Perasaan aku ni sakit sangat. Sakit Mel! Sakit tahu tak!” bentak Mia. Orang di dalam restoran memandang. Mia tidak peduli.

“Sekarang pukul berapa?” Mel menyoal.

“Pukul 11.30 malam,”

“Sempat lagi untuk aku buktikan pada kau betapa dia tu tak guna Mia. Serius aku cakap. Lebih baik kau lupakan dia dan kita bina hidup baru. Kau dan aku,” tiba-tiba Mel mengambil kesempatan.

“Mel!! Kau ni kenapa? Kau kawan sepejabat dengan aku. Aku tak ada perasaan apa-apa terhadap kau!” marah Mia yang tidak menyangka Mel sanggup berkata begitu.

Mel mengeluh.

Mia menjegil biji mata.

“Kau masih setia dengan dia? Kau masih sayang?! Dia tak cintakan kau! Dia tak pernah sayangkan kau!”

“Aku nampak kereta dia di hotel!”

“Hotel?!!”

“Ya!! Aku nampak dia dengan Linda!”

“Apa?!!!” Mia sudah mula fikirkan yang bukan-bukan.

Dia terus meluru ke arah keretanya setelah Mel menyebut nama hotelnya. Kasihan benar Mia terkejar-kejar. Hingga begitu jadinya. Dia benar-benar sayangkan Alan. Dia cintakan Alan. Tanpa Alan hidupnya bagaikan gelap tidak ada sinar.

Mia menangis di dalam kereta. Mia menghidupkan enjin dan meluru sebak dengan keretanya. Sungguh tidak diduga Alan mahu buat kerja yang terkutuk dengan kawan baiknya sendiri. Dia tidak menyangka Linda menikamnya dari belakang. Mia tidak pernah terfikir Mel seakan mahu merosakkan hati Mia. Mia tidak lihat dan Mia tidak rasa.

Mel mengekori dari belakang menuju ke hotel lima bintang. Luruh jantung Mia mendengar khabar Alan pergi ke hotel bersama Linda di lewat malam begini. Apa lagai kalau sudah bermalam di hotel bersama bukan muhrim? Fikiran Mia menerawang jauh.

***

Mia parking kereta setibanya dihotel yang diperkatakan itu. Segera dia ke kaunter bertanyakan nombor bilik nama Alan Fitri. Bilik 115. Tanpa berlengah Mia terus meluru ke bilik itu.
Tanpa disedari Mia, Mel masih mengekori. Adakah ini rancangan Mel untuk perangkap Mia? Mungkinkah? Barangkali Mel merancang perkara yang tidak baik.

Mia tiba ke bilik itu setelah menaiki lif. Mia mengetuk pintu itu namun tiada siapa pun yang membalasnya. Pintu tidak dibuka.

“Cik...”

Mia menoleh. Dia melihat salah seorang pekerja hotel berdiri di belakangnya. Berkerut-kerut dahinya.

“Cik cari siapa?”

“Alan Fitri, kenal?”

“Tuan bilik ni ke?” orang itu menyoal pula.

Mia mengangguk.

“Tadi ada saya nampak ada seorang lelaki keluar dari bilik ni. Saya tak pastilah itu adalah orang yang cik cari. Barangkali dia keluar,” kata perempuan itu yang kemudian berlalu dari situ.
Mia terpinga-pinga. Dan kemudian muncul pula pembantu hotel yang lain menolak troli berisi makanan pula di atasnya. Lelaki itu juga ke bilik 115. Pembantu hotel itu menguntum senyuman padanya.

Mia sudah melangkah meninggalkan pintu itu. Tapi dia berhenti di situ sebaik sahaja melihat pembantu itu dapat masuk pula ke dalam bilik 115. Ini bermakna ada orang di dalam. Tapi kenapa pintu tidak dibuka sebaik Mia mengetuknya? Malah loceng sudah banyak kali dibunyikan. Tiada respon.

Mia berpatah lagi. Dia kembali semula ke hadapan pintu itu. Dia menekan loceng dan mengetuk pintu itu, namun tiada respon. Pintu itu rupanya tidak berkunci. Pintu itu dikuak perlahan-lahan.

Sebaik pintu itu dibuka. Alangkah terkejutnya Mia melihat mayat bergelimpangan. Mata pembantu hotel itu berlumuran darah. Kesan darah itu jelas kelihatan memandangkan pembantu hotel itu memakai pakaian serba putih. Dia atas katil pula terbaring sesusuk tubuh yang kaku dengan pisau masih terpacak di dada.

“Abang!!!” Mia terjerit. Mia benar-benar terperanjat kerana di bilik 115 berlaku kes pembunuhan kejam.

Siapakah yang sanggup melakukan perkara itu. Mia sudah tidak dapat berfikir lagi. Dia bergegas mendapatkan Alan. Mia menangis sekuat hati.

Tidak berapa lama selepas itu, Linda muncul.

“Argh!!! Mia!!! Kau bunuh Alan?!!” pekik Linda di hadapan pintu bilik hotel itu.
Mia menoleh ke arah Linda dengan perasaan terkejut.

“Tidak!!! aku tak bunuh dia!! Abang!! Bangun abang!!”

Mia terperangkap. Mia benar-benar rasa serba salah. Dia tidak tahu apakah puncanya dan siapa pula yang melakukan hal ini. Adakah Mel? Mel cuba perangkap Mia? Kenapa Alan dibunuh dengan begitu kejam?

“Hello!! Polis!! Polis!! Di sini berlaku kes pembunuh!” Linda menelefon pihak polis dengan segara.
Mia sudah berpeluh-peluh. Mia sudah menggelabah. Mia menjadi mangsa keadaan. Sungguh luar biasa dan tidak diduga oleh Mia begini akhirnya.

“Abang!!! Bangun bang!!!” Mia teriak dengan air mata merebes laju.

Selang beberapa ketika, Mel muncul di situ.

“Mia!!!! Apa berlaku?” Mel terus meluru ke arah Mia namun ditarik oleh Linda.

“Kau jangan dekat dengan dia. Dia pembunuh! Silap-silap dia tikam kau pula! Tolong!! Tolong!!” Linda terpekik. Orang yang mendengarnya terus meluru deras mendekati pintu bilik itu.

Tanpa disedari adal pula flash kamera bersinar. Gambar ditangkap oleh mereka yang ada kemera di ketika itu. Mia menangis dan menjerit “Aku tak bunuh dia!! Aku tak bunuh dia!!” Mia membela dirinya.

“Mia! Aku tak percaya kau yang lakukan semua ni! Mia! Kenapa mia?!” Mel mendesak dan berjaga-jaga kerana bimbang Mia bertindak ganas dan diluar kawalan.

Sedari tadi lagak mereka memang dirakamkan. Itulah bukti. Itulah akan menjadi saksi. Di hotel ini juga terdapat CCTV di bahagian luar maka untuk mengenal pasti siapakah pembunuhnya hanya melalui CCTV dan kamera video persendirian.

Muncul dua orang pegawai polis di situ. Meminta mereka yang berada di situ supaya menjarakkan diri. Keadaan bertambah huru hara jadinya.

“Cik... bertenang... sila tinggalkan jasa tu... sila ikut kami ke balai,” kata pegawai polis itu.

“Aku tak bunuh dia!!!” raung Mia lagi yang duduk dibirai katil sambil meriba kepala Alan.

“Ya cik... tapi cik kena ikut kami ke balai...” arah mereka sambil mengacukan pistol.
Tanpa diduga... lampu bilik itu terpadam. Keadaan terus menjadi sepi. Mereka di luar tertanya-tanya sendiri apakah yang sedang berlaku di dalam?

Suara Mia menjerit jelas kedengaran. Suara ketakutkan.

‘Bang! Bang!’ dua das tembakan dilepaskan. Mereka yang berada diluar menjerit.

Tidak lama selepas itu kedengaran suara yang cukup menyeramkan bagi mereka yang tidak mengerti. Benar-benar membuatkan jantung mereka luruh. Bunyi tembakan itu  membuatkan masing-masing melarikan diri.

Lampu tiba-tiba kembali terang menerangi kegelapan bilik itu. Mayat pembantu hotel berdiri dan masih hidup lagi.

Ramai-ramai menyanyikan lagu,

“Selamat hari jadi... selamat hari jadi... selamat hari jadi dan april fool... selamat hari jadi,” dia orang yang kononya pegawa polis memegang pistol mainan peluru mercun itu adalah kawan Alan itu turut menyanyikan lagu berkenaan bersama dengan pembantu hotel itu berserta Linda dan Mel. Alan juga turut bangun tersengih-sengih.

‘Pang!’ Alan kena tampar.

Mia sambung menangis. Tidak diduga dia dipermainkan begini oleh Alan Fitri anak Dato` Mazli tuan punya hotel ini.

Mereka-meraka yang panik tadi di upah untuk menjamu selera di hotel ini. Mereka yang terlibat secara tidak langsung itu menyaksikan secara life di bahagian dewan makan. Lakonan real dipancarkan secara langsung.

Dato` Mazli hanya tersengih-sengih melihat kehebatan drama itu yang sungguh tidak masuk akalnya. Anak tunggalnya sanggup kenakan tunang sendiri dan mempermainan hal pertunangan itu.

Mia hampir gila. Mia sungguh tidak menyangka sama sekali. Hampir luruh jantungnya. Dia memekup wajahnya sendiri.

Akhirnya dengan rasa segan dan malu yang teramat dalam. Dada Alan ditumbuk bertubi-tubi melepaskan geram yang terbuku.

“Sayang juga awak dekat abang ya...”

“Abang!!! Lain kali jangan buat macam ni lagi!!” marah Mia.

Mia memang sayangkan Alan. Terlalu sayang.

Mia melihat Linda tersengih-sengih.

“Selamat hari jadi Mia...”

“Kau pun samalah!” marah Mia. “Kau pun!!” Mel juga kena marah.

Mia terus dirangkul oleh Alan untuk di bawa ke dewan makan hotel. Ramai yang sudah menunggu mereka. Majlis gilang-gemilang disambut dengan meriahnya. Mujur Mia tidak sempat jadi gila sahaja. Kalau Mia gila siapa nak jawab? Alan berterima kasih bagi para pelakon pembantu yang ada termasuk juga Tiya yang berada di dewan hotel dan juga perempuan yang menyapa Mia di pintu bilik tadi. He he he...

~Tamat~

1 comment:

  1. gila kot..kalau aku jadi mia...memang arwahlah alan tu..apapun gudjob writer sbb buat sya nk tmbk alan guna bazooka..#gurau je!

    ReplyDelete